Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 26

Penyelamat banjir dari PDRM dah 3 hari 3 malam tak tidur.
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 4

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 5

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 6

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 7

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 8

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 9

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 10

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 11

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 12

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 13

 Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 14

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 15

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 16

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 17

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 18

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 19

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 20

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 21

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 22

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 23

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 24

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 25


Keadaan banjir di sekitar bandar Temerloh yang surut sedikit, pagi semalam.










Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 4

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 5

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 6

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 7

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 8

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 9

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 10

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 11

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 12

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 13

 Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 14

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 15

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 16

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 17

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 18

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 19

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 20

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 21

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 22

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 23

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 24

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 25



misi menyelamat kucing















Padang jarak padang terkukur

31/12/14

Catatan ke-13

Dahsyat, Daif dan Derita!

Itulah yang mampu saya ungkapkan setelah hari pertama

saya bersama misi bantuan kemanusiaan PAPISMA ke Kuala

Krai. Kemusnahan yang berlaku adalah beyond our

imagination. Anda yang tidak berada di sini pasti sukar

mengerti kedahsyatannya. Siapa sangka kawasan berbukit ini

boleh banjir besar sehingga puncak bukit menjadi sebuah

pulau. Kedalaman air banjir tersebut ibarat kedalaman Tasik

Banding di Perak.


Perjalanan saya, Dr Zuraizi, Dr Firdaus, Brother Syakir dan

Borther Qomad daripada bandar Kuala Krai sehingga Kg

Manjor, Manik Urai mempersembahkan sebuah drama

kehidupan yang sangat menyayat hati. Mangsa banjir duduk

sugul di tepi jalan menagih simpati dermawan untuk

mendapatkan bantuan. Harta benda, rumah semuanya hancur

di belah badai banjir. Mereka hanya tinggal sehelai

sepinggan.


Di Kg Manjor, kisah mereka sangat memilukan. Keseluruhan

kampung lenyap sekelip mata akibat tsunami sungai di

kawasan perbukitan. Hendak ke sana sahaja ibarat melalui

dasar di sebuah kolam dalam. Keseluruhan dunia kami

dipekati warna coklat sahaja. Hampir 60 keluarga hilang

tempat berteduh. Cerita mereka di saat menghadapi banjir

lumpur itu juga meruntun jiwa.


"Semuanya berlaku dengan pantas doc. Kami tidak sempat

menyelamatkan apa-apa" jawapan standard hampir semua

penduduk.


"Kami berlari ke atas bukit menumpang di rumah mokcik Soh.

Jam 3 pagi, air naik di dalam rumah tersebut sehingga paras

pinggang. Kami tak sangka air boleh naik ke sini. Maka kami

terpaksa pula mengharung air dan mendaki bukit di awal pagi"

cerita seorang pakcik berumur lewat 60an.


Di pulau baru tersebut, ada yang terputus bekalan makanan

selama 3 hari. Yang bernasib baik dapat membawa dapur

memasak sekali ketika berpindah. Ada juga mangsa

menceritakan detik cemas kepada skuad kami sewaktu di

atas sana.


"Di atas sana, sewaktu menyandar ke pokok, tiba-tiba pokcik

terasa sesuatu yang sejuk sedang menjalar di leher pokcik.

Segera pokcik mencampaknya dan terkejut mendapati ia

adalah seekor ular kapak *****" cerita seorang pakcik tua

lagi.


"Anak pokcik diketip seekor lipan dan mengadu sesak nafas

dan sakit tekak selepas itu. Kami tidak mampu berbuat apa-

apa untuknya. Mujur dia selamat".


Saya mengesyaki anak pokcik itu telah mendapat anaphylaxis

reaction akibat disengat lipan tetapi Allah itu Maha Kuasa dan

Dialah juga yang memanjangkan nyawa seseoramg itu. Itulah

antara cerita sadis mangsa banjir di Manik Urai. Hanya

mereka yang berada di sini mengetahuinya.

Jika di Badang saya telah merasai kesusahan berada di

ground zero, di sini pengalaman sayu mereka lebih

menginsafkan saya. Ternyata mereka lebih tabah

menghadapi ujian-Nya. Bantuan penyelamat juga sukar

akibat arus deras dan kekurangan anggota untuk operasi

pemindahan. Mereka juga telah terputus bekalan elektrik,

komunikasi dan air bersih hampir seminggu.


Namun, disebalik mendung pastinya ada mentari. Malaysia

beruntung kerana mempunyai ramai dermawan. Banyak NGO

dan orang perseorangan tampil menghulurkan bantuan

kepada mangsa tetapi terdapat masalah dalam pengagihan

tersebut. Berdasarkan pengamatan kami dan diskusi

bersama local people kami merumuskan:

1. NGO/orang perseorangan perlu dipandu penduduk

tempatan yang lebih arif tentang situasi dan kawasan yang

mana perlu menerima bantuan.

2. Bantuan yang diberi dalam bentuk kotak perlu di atur

semula agar pembahagian yang adil kepada mangsa.

3. Mangsa memerlukan beras, sardin, minyak masak dan

wang untuk meneruskan fasa baru kehidupan. Yang lain-lain

telah banyak disumbangkan.

Ada sesetengah kawasan pedalaman masih gagal dihubungi

dunia luar akibat banjir lumpur atau halangan di atas jalan

yang menghubungkan penempatan mereka seperti balak dan

rumah yang tersadai akibat dihanyutkan arus deras.

Benar, saya sendiri sukar mempercayai apa yang saya lihat di

sana tetapi jika tuhan berkata "Qun Fayakun" maka jadilah

bah coklat di kawasan beraltitud tinggi. Pastinya tahun 2015

adalah tahun yang suram kerana sumber rezeki seperti getah

dan sawit turut musnah. Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota

Bharu memerlukan pembedahan plastik dan rekonstruksi

yang menelan berjuta ringgit untuk dipulihkan seperti asal.

Insyallah esok akan terus berbakti kepada rakyat marhaen di

Kuala Krai.

Ayuh teruskan menyumbang ke dana banjir Papisma atau

mana-mana NGO lain. Mereka sangat-sangat memerlukan

sokongan anda.

P/s: saya mengalami masalah line telco di sini. Mungkin

catatan seterusnya sedikit lambat.

Salam Ambang 2015

Ikhlas membantu,

Dr Afiq Rahim, DAR

















Pembersihan kawasan di sekitar Masjid Kuala Krai melibatkan 50 orang pelatih dan 10 orang kakitangan Bomba Wakaf Tapai.










Agihan bantuan makanan kepada penduduk setempat Kampung Laloh, Kuala Krai oleh anggota Nav


Penduduk Jerantut Feri, Tuan Suhaila Tuan Ismail, 34 (kiri), ibunya, Noriah Awang Sulaiman, 58 (kanan) serta suaminya, Ismail Samad, 41, menggunakan air bukit di lebuh raya Jerantut-Maran berhampiran Kampung Pulau Tawar untuk membasuh pakaian kerana ketiadaan air di daerah berkenaan sejak seminggu yang lalu.









petang tadi LPT km126 masih tutup, tp air dah surut sikit






Bantuan diagihkan untuk penduduk terlibat banjir di Kg. Dabong, Kuala Krai.








lepas redah banjir






Lebih buruk berbanding bah merah


SEORANG remaja terpaksa menggunakan jambatan papan untuk menyeberang ke kawasan hadapan rumah bagi menjemur barang-barang yang basah akibat banjir di Tumpat, semalam.

TUMPAT 1 Jan. – Rata-rata penduduk di Kampung Bendang Pulau di sini menyifatkan banjir yang melanda Kelantan khususnya di daerah ini adalah lebih buruk daripada ‘bah merah’.

Malah dakwa mereka, kesan dari*pada banjir kali ini bukan sahaja memusnahkan harta benda tetapi turut mengundang trauma dalam kalangan penduduk.

Seorang penduduk, Wan Som Wan Mamat, 70, berkata, ketika negeri ini dilanda bah merah pada 1926 walaupun mengambil masa yang lama, namun tidak mengundang kemusnahan ketara.

“Bah merah memakan masa sebulan lamanya, namun banjir kali hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja tetapi cukup memberi kesan dan trauma kepada penduduk.

“Kesan daripada banjir ini juga menyebabkan kebanyakan penduduk hanya tinggal sehelai sepinggang dan keadaan lebih teruk di Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mustapa Mohamad, 69, pula berkata, dia tidak menyangka banjir kali ini mampu menenggelamkan rumahnya sekali gus turut memusnahkan segala harta benda.

Katanya, kesan daripada banjir kali ini turut menyebabkan dia terpaksa mengambil masa untuk membuang lumpur yang memenuhi rumahnya sehingga paras lutut.

“Sudah tiga hari saya membersihkan rumah, namun lumpur-lumpur ini masih tinggi dan sukar untuk dibersihkan.

“Keadaan bertambah sukar apabila sehingga hari ini masih tiada bekalan air dan elektrik,” katanya.

Rogayah Ismail, 44, pula berkata, ketika ini tiada apa lagi yang mampu diharapkan melainkan ada pihak yang sudi tampil menghulurkan bantuan.

“Segala kelengkapan, harta benda semuanya musnah. Kami terpaksa memulakan kehidupan baharu,” katanya.















Masjid Pahi kkrai... Karpet paling hujung tak kotor walapun air naik sampai tgkat 2...Subhanallahh..





SMK Manek Urai






Jambatan utama menghubungkan 2 buah kampung
ke pekan kuala krai di laloh runtuh akibat
banjir.dan mereka diseberang sana terputus segala
galanya.hanya ALLAH bersama mereka.







JUMAAT, 2 JANUARY 2015 @ 11:35 AM

Banjir semakin pulih, jumlah keseluruhan mangsa terus menurun





WAN Najwan Wan Nazri, 5, melihat kesan lumpur di hadapan rumahnya selepas banjir surut di Kampung Bukit Mentok, Kemaman. - Foto Ghazali Kori



MANGSA banjir, Muhammad Azimun Mat Idris, 16, mengutip gelas yang ditenggelami air selepas banjir surut di Kampung Durian Mentangau, Dungun. - Foto Aswadi Alias


Rasanya pakaian tak perlu kot kat manik urai team kawan saya pergi tadi diaorang buang je baju di tepi jalan.Rasa macam terhina pulak diaorang bantuan orang ramai dibuang ditepi jalan oleh penduduk manik urai. -fb sukanstar







Sekolah di kuala krai selepas banjir. SMKKK










Hasmah @ Minah Mamat, 76, mengenang nasibnya yang tiada tempat tinggal selepas rumahnya dihanyutkan banjir di Kampung Guchil, Kuala Krai.




Pemindahan mangsa banjir di Kampung Gading Wakuba, Tawau, Sabah. - Foto MKN














terbaik ....mangsa banjir.. ......adik.minta sejadah. masih ingat Allah masa waktu susah.

0 comment... add one now