Ini adalah berita paling bersejarah dan hari kemenangan besar ba#gi kuasa rakyat Britain,” kata jurucakap kempen tersebut yang enggan didedahkan identitinya ketika mengulas langkah berani The Sun memansuhkan Page 3 berkenaan.
LONDON – Setelah hampir 45 tahun mencipta populariti sehingga menjadi suatu jenama unik tersendiri, akhbar terkenal Britain, The Sun akhirnya mengumumkan Page 3 yang memaparkan gambar wanita b#gel tidak lagi disiarkan.Menurut laporan tabloid itu pada Selasa, keluaran Jumaat minggu lalu adalah yang terakhir untuk pembaca, khasnya golongan lelaki!; dapat ‘menikmati’ foto-f#oto model wanita cantik bertel#njang tanpa coli menutup pay# dara mereka.
Keputusan cukup memeranjatkan itu susulan satu kempen petisyen oleh pembaca The Sun; pastinya golongan wanita!; berjaya mengumpul lebih 217,000 tanda tangan bagi mendesak The Sun menghentikan Page 3 penuh kontroversi itu.
Jurucakap kempen yang dikenali sebagai ‘No More Page 3’ itu menyambut baik tindakan sensitif akhbar tersebut selepas mereka ‘letih’ melancarkan bantahan halaman er#tik itu sejak ia diperkenalkan pada 17 November 1970 lalu.
Page 3 diwujudkan editor Larry Lamb sempena ulang tahun pertama format saiz The Sun diubah kepada tabloid daripada broadsheet oleh mogul media, Rupert Murdoch yang juga menguasai akhbar The Times menerusi firma News Corp.
Asalnya, Murdoch mewujudkan Page 3 untuk memaparkan wanita jelita berpakaian dengan Ulla Lindstrom sebagai penghias pertama namun, Lamb langsung ubah kepa#da b#gel setahun kemudian dengan model sulung, Stephanie Rahn.
Ini menyebabkan edaran akhbar itu amat laris dalam kalangan golongan lelaki; termasuk yang sudah berkahwin, sehingga The Sun dijual hampir 3 juta naskhah sehari meskipun diharamkan di semua perpustakaan awam seluruh Britain.
Halaman itu pernah ditiru akhbar popular Daily Star dan Daily Mirror sebelum diharamkan akibat bantahan pembaca bahkan juga ditiru puluhan akhbar lain di lebih 20 buah negara
Biarpun dikecam aktivis wanita sebagai mengeksploitasi s#ks, ramai remaja perempuan bersaing menjadi model halaman sensasi itu selain menyertai pertandingan t#ahunan Page 3 Idol sejak 2002 sebelum dihentikan pada 2012. – Agensi