Banjir yang melanda pantai timur menyebabkan bekalan makanan dan keperluan harian terputus.Bantuan yang lambat sampai menyebabkan orang ramai terdesak mencuri dari kedai-kedai yang ditinggalkan pemiliknya.Bagaimanapun selepas banjir surut,muncul seseorang mengembalikan semula barangan yang pernah dicuri,ia meninggalkan satu beg plastik bersama dengan sekeping nota meminta maaf,
‘Harap maafkan saya kerana mencuri barang ketika banjir hari itu. Saya pulangkan balik.’Dia mungkin membeli semula barangan yang pernah dicuri lalu dikembalikan secara senyap-senyap.Sememangnya ramai yang terdesak ketika banjir,namun mengambil barang orang lain tanpa keizinan pemiliknya tak menghalalkan cara,Diharap orang lain akan turut meniru perbuatan baik hamba Allah ini.