Video Pakcik Serang Zahid Hamidi


Tinjauan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Jabatan Imigresen,Putrajaya
bertukar kecoh apabila beliau diserbu oleh pengg#una yang tidak berpuas hati
dengan keputusan MyEG Services Bhd (MyEG)
diberi kuasa monopoli bagi melaksanakan
pembaharuan permit pekerja asing hanya melalui talian.

Setelah berbincang, beliau akhirnya memutuskan urusan di kaunter akan diteruskan sehingga akhir bulan Februari bagi membolehkan syarikat terbabit membiasak#an diri terlebih dahulu.

Pakcik tue memang power. Power dan berani.


Antara petikan ayat dia ;

"Saya terpaksa gunakan orang tengah, itu sebabnya.. kata dulu taknak gunakan orang tengah.. individu boleh datang sendiri.. majikan boleh datang sendiri.. sekarang gunakan orang tengah.. kena bagi duit rm200.. ah.. ah.. kata nak.. saya cakap terus terang..kalau nak tangkap saya tangkapla.. kata nak bagi pihak imigresen sikit.. dia sikit.. itu saya# cakap terus terang depan menteri.. saya nak buang biokrasi.. nak buangkan rasuah.. berhentila segala-galanya.."

KAH KAH KAH

Power kau. Aku peratikan jek muka Zahid Hamidi. Itulah. Semua menteri2 kat Malaysia neh bila dorang turun padang kita tak patut beria2 salam dan berselfie sakan dengan dorang. Bukan best mana pun.

Dan kepada pakcik yang aku tatau namanya dalam video kat bawah neh, aku ucapkan syabas. Menteri perlu tahu bagaimana karenah biokrasi dan rasuah #merosakkan intergriti dan agensi kerajaan dari dalam disamping operasi dalam talian yang haprak nak mampos sehingga menyukarkan proses pembaharuan.

Tahniah. Anda telah mewakili berjuta2 suara rakyat Malaysia yang lain, yang memang nak sampaikan perkara yang sama secara LIVE cuma tak berkesempatan aje.-sumber Ameno

0 comment... add one now