Lisa Surihani Hamil Buktikan Yusri Tak Mandul

Yusri pernah bergelar suami kepada primadona melayu terkenal Erra Fazira selama dua tahun.Kemudian Lisa Surihani menjadi isteri kepada Yusri sejak tahun 2002.Ketiadaan cahaya mata menyebabkan ada peminat gosip mengatakan Yusri mandul kerana Erra dengan Engku Imran sudah pun menimang cahaya mata.

Bagaimanapun berita terkini Lisa Surihani Hamil ini disahkan oleh Yusri sendiri.

"Mengenai berita kehamilan itu, ya, Lisa mengandung. Tapi kami mohom maaf kerana tidak dapat berkongsi maklumat lanjut.

"Sejujurnya kami memegang pesanan orang tua-tua bahawa berita mengenai kehamilan hanya boleh dikongsi selepas tempoh tertentu.

"Jadi apabila tiba masanya, kami akan berkongsi dengan lebih lanjut," ujarnya yang ditemui selepas pelancaran filem Cicakman 3 di Pavilion, Kuala Lumpur, sebenar tadi.

Yusry turut menafikan sengaja merahsiakan perkara ini kerana terlibat dengan kontrak penyiaran bersama Astro mengenai pengumuman kehamilan Lisa.

"Pasal kontrak itu semua hanya spekulasi. Kami tidak terikat dengan sesiapa," katanya.

Sementara itu Lisa menambah, dia pada mulanya berasa serba salah untuk berkongsi mengenai berita kehamilannya, namun bersetuju untuk memaklumkan perkara itu bagi mengelakkan spekulasi berpanjangan.

"Bila ada wartawan yang mesej, saya memang serba salah nak jawab, sebab masih baru dan orang tua-tua pesan kalau boleh lepaskan trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) baru kongsi berita ini.

"Apa pun Alhamdulillah atas doa banyak pihak dan terima kasih atas mesej positif yang saya terima menerusi pelbagai medium," ujarnya sambil tersenyum.

Yusry dan Lisa mendirikan rumahtangga pada 23 Februari 2012.

-Zaman sekarang ni pelbagai rawatan canggih dikatakan boleh menghamilkan dan menyuburkan seseorang.Sekiranya anda teringin dapat anak jangan malu untuk mendapatkan rawatan.Tahniah kepada pasangan Yusri dan Lisa,semoga mendapat anak yang comel nanti,.

0 comment... add one now