Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part10



Mangsa banjir di Sek keb othman
talib (1 )Tendong.Tiada pakaian sehingga
terpaksa memakai baju kurung


Kampung Limau Kasturi, Gua Musang


sabtu - jam 5.54 PTG

AREA RUMAH TOK GURU NIK AZIZ (SEBELAH JALAN PETRONAS)











Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part8





SABTU - 6.31 PM

PERKESO KOTA BHARU



MUSIBAH banjir di Malaysia, khususnya di Kelantan turut mendapat liputan luas media dunia termasuk akhbar utama di British iaitu Mirror Daily.


Dalam laporan menerusi laman webnya pada Sabtu, portal berita itu memetik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan berkata," kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan makanan sampai kepada mangsa mengikut situasi banjir."

Mirror selain itu turut menyatakan jumlah mangsa banjir yang mencecah seramai 160,000 ketika ini menjadikan ia sebagai musibah terburuk di Malaysia sejak beberapa dekad lalu.

Jelas laporan itu, pasukan penyelamat sedang berusaha sebaik mungkin di kawasan pantai timur yang telah mengorbankan seramai lima penduduk.

Muhyiddin dilapor berkata, usaha menyelamat terjejas akibat gangguan perhubungan menerusi jalan raya yang telah dinaiki air.

Mirror selain itu turut melaporkan reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup memendekkan tempoh bercuti bersama pemimpin nombor satu dunia iaitu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk pulang ke Malaysia.

Najib telah pulang ke Kelantan untuk melawat mangsa dan situasi banjir di negara itu pada Sabtu.


temerloh



Pesakit dari Kampung Batu 13, Jalan Maran, ini dipindahkan ke 4WD untuk dihantar ke hospital Temerloh kerana laluan dinaiki air di Kampung Paya Pulai, Temerloh. Pix Hasriyasyah Sabudin

TERKINI 10 pagi

** PERAK - naik kepada 7,513 orang daripada 1,968 keluarga sehingga 6 pagi ini berbanding 6,914 orang daripada 1,796, tengah malam tadi

** JOHOR - naik sikit, pagi ini. 475 orang daripada 119 keluarga berbanding 464 orang daripada 115 keluarga, tengah malam tadi.




Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim bertegur sapa dengan mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Dewan Millenium Kampung Gajah ketika berkenan mengadakan lawatan ke kawasan banjir di sekitar Kampung Gajah.

Paras air di Sungai Perak naik mendadak sehingga 7.8 meter melebihi paras bahaya.



Pemindahan mangsa dari Kampung Sawah dan Lamir, Pekan Pahang menggunakan jentera bomba.





.




AHAD - 28/12/2014 (JAM 10:39 AM)

SITUASI DI PEKAN PASIR MAS


















** Foto Oleh: Masta Keycap

0 comment... add one now