Penyanyi terkenal dari kumpulan Exist pernah ditahan dalam lokap kerana kes yang sama seperti Zamani.Ezad Exist mendedahkan dia pernah disuruh menyanyi dalam lokap ketika dia sedang bersedih terkurung memikirkan nasib anak dan isteri dirumah.
“Memang ada yang suruh saya nyanyi masa itu, namun saya tak boleh menyanyi dan tak ada ‘mood’ kerana memikirkan keluarga, isteri dan anak di rumah.
“Mungkin mereka faham keadaan saya ketika itu dan tidak memaksa untuk menyanyi. Mereka juga tidak merakam sebarang video atau gambar ketika itu kerana saya memakai pakaian lokap dan bergari,"
Walaupun tidak melayan karenah polis yang menyuruhnya menyanyi, Ezad meluahkan rasa kecewa kerana gambarnya sewaktu sedang disoal siasat di balai polis tersebar di WhatsApp.
Ini komen Ezad lagi:
“Mengenai gambar yang tersebar sebelum itu, saya memang tak tahu kerana ia tersebar sebelum saya dimasukkan ke lokap.
"Tetapi sepanjang berada di lokap, saya sering menangis mengenangkan nasib anak yang baharu setahun,”
“Mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana menyalahi etika kepolisan.
“Namun, saya yakin, tidak semua yang berperangai begitu, hanya segelintir sahaja. Mungkin mereka teruja mendengar nyanyian secara live,”
Apabila ditanya tentang rakaman klip video rakan artisnya, Zamani yang tersebar, Ezad berkata, pihak berkuasa tidak wajar mengambil sebarang gambar atau rakaman orang yang ditahan.