Trailer Filem Star Wars Kembali Dengan Kisah Baru

Ketika berakhirnya episod Filem Star Wars,ramai peminat setia bersedih kerana mereka tak dapat lagi menyaksikan pertarungan antara bintang yang sinonim dengan robot canggih dan pedang laser.
Ramai menyangka filem Star Wars tidak akan dihasilkan semula selepas Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith, arahan George Lucas ditayangkan pada 2005.

Namun ia bakal muncul semula dengan kisah yang tidak terikat dengan siri sebelum ini, menurut laporan eksklusif portal filem Hollywood Reporter.

Memetik sumber, portal itu melaporkan Ch#ris Weitz – yang pernah terlibat dengan filem About A Boy dan Cinderella – dikenal pasti sebagai penulis lakon layarnya.

Filem baru Star Wars itu bakal diarahkan oleh Gareth Edwards. Mkini

0 comment... add one now