Kali ini, giliran laman# web Malaysia Airlines (MAS) pula menjadi mangsa kumpulan penggodam yang dikenali sebagai ‘Cyber Caliphate’, kumpulan yang mendakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan, Negara Islam (IS).
Laman web syarikat penerbangan Malaysia itu digodam kira-kira jam 10 pagi ini.
Laman web itu dipaut kepada imej seekor ci#cak memakai topi dan cermin mata satu kanta yang kemudian membawa pelayar ke akaun twitter ‘Lizard Skuad’ @LizardMafia.
Gambar latar pula menunjukkan imej pesawt MAS dengan mesej ‘404 – Plane Not Found’ (404 – Pesawat Tidak Ditemui).
Tab laman web itu turut ditulis dengan me#sej ‘ISIS WILL PREVAIL’ (ISIS Akan Terus Kekal).
Maklumat daripada akaun twitter menunjukkan ia dimulakan sejak 2010 dan tiga jam sebelum ini, tertulis mesej mengatakan ‘sesuatu yang istimewa akan dibuat.’
“Melakukan sesuatu yang istimewa.
“Akan melambakkan beberapa ‘harta’ yang ditemui di rangkaian pelayan malaysiaairlines.com tidak lama lagi,” kata twit itu.- The Rakyat Post