Pengumuman Malaysia Mengenai Status Sebenar MH370

Setelah sekian lama menjadi misteri,Pesawat MAS MH370 menjadi tumpuan semula hari ini apabila pengumuman rasmi Malaysia mengenai status sebenar kehilangan pesawat malang tersebut.

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini secara rasmi mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerban#gan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.


KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 menerusi saluran RTM1, sebentar tadi. - Foto ihsan RTM

Beliau berkata, perisytiharan itu membole#hkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya dalam proses pampasan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman khas berkaitan pesawat berkenaan yang disiarkan menerusi TV1 RTM, sebentar tadi.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan.

"Carian dasar laut untuk pesawat MH370 adalah berterusan, melibatkan empat kapal.

"Malaysia amat terhutang budi kepada semua negara dan individu atas bantuan dan sokongan yang diterima untuk MH370," katanya.

0 comment... add one now