Budak 12 Tahun Mengandung Dikerjakan Datuk

Budak bawah umur yang mengandung sekiranya bersalin akan mengalami pelbagai komplikasi dan membawa maut.Apatah lagi yang berumur 12 tahun.Malang sungguh budak ni.Dikerjakan datuk sendiri.
SELANDAR - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dir#gol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dir#gol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya.

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima.

-Warga emas ini pasti terlepas hukuman sebat dalam penjara.. tak adil..

0 comment... add one now