Zamani Teramat Sedih Dengan Penyebaran Video

Ketika penyebaran video Zamani Slam menyanyi dengan tangan bergari,pengurusnya Johan Aziz paling sentap dengan kejadian itu.Karier penyanyi yang diuruskannya yang dah jatuh,pasti berkecai lagi dengan penyebaran video memalukan penyanyi itu.Dia memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang pada polis terbabit.Johan Aziz sempat menceritakan detik akhir pertemuan dengan Zamani Slam.

Kata pengurusnya,Zamani sempat meminta maaf  selain menyampaikan salam buat semua.
“Sempat berjumpa dengan dia tadi dan teramat sedih. #Minta maaf abang Jo, kirim salam kepada semua abang Jo. Insyallah saya OK – dari Zamani,” tulis Johan Aziz di Facebook.
Dalam perkembangan terkini kes rakaman video Zamani Slam ketika dalam tahanan, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan yang anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut sudah dikenal pasti.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya”

“Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

0 comment... add one now