Pelaburan ASB Langkah Bodoh Kerana Harta Dibekukan Selepas Mati | Masih ramai pelabur ASB yang tak tahu perkara yang saya tulis di bawah. Jadi saya berpendapat elok jika dapat saya kongsikan bersama masyarakat bumiputera kita.Ok, ramai di antara kita mempunyai pelaburan saham ASB, tak kiralah sama ada secara pelaburan terus mahupun secara pinjaman atau lebih popular ASB Loan. Walau macam mana sekalipun method pelaburan ASB yang anda lakukan, ada satu perkara yang anda perlu ketahui iaitu...
PENAMAAN WARIS ASB
Kita duk sibuk melabur setiap bulan masuk duit dalam ASB. Tapi sedarkah kita tentang realiti kehidupannya bahawa kita bukanlah hidup untuk selamanya-lamanya.
Jika anda berasa anda masih muda dan lambat lagi untuk mati, anda sebenarnya silap. Kerana mati itu pasti dan mati itu tiada rukun dan syarat.Oleh itu, kita perlu fikirkan apa akan jadi pada harta-harta pelaburan kita selepas meninggal dunia.
Mati tidak disyaratkan tua
Mati tidak disyarakatkan sakit
Persoalan utama saya di sini untuk anda yang melabur ASB, adakah wang simpanan dan pelaburan ASB sampai kepada waris kita terutama keluarga terdekat kita seperti pasangan, anak-anak dan ibu bapa kita selepas kita meninggal dunia ? Keluarga kita yang masih hidup masih memerlukan sumber kewangan untuk meneruskan hidup mereka.
Saudara dan saudari sekalian,
Jangan terkejut kalau saya katakan bahawa simpanan dan pelaburan anda di ASB akan dibekukan selepas kematian anda. Ya ! Segala simpanan dan pelaburan anda di ASB dibekukan sejurus anda meninggal dunia (Akta Probate 1959).
Untuk makluman anda juga, tiada penamaan pada simpanan dan pelaburan anda di ASB kecuali jika anda telah melaksanakan pengisytiharan amanah (produk baru ASB). Dan saya percaya rata-rata pelabur ASB tidak membuat pengisytiharan amanah kerana sebab berikut:
1) Caj pengurusan yang dikenakan ASNB untuk pengisytiharan amanah
2) Pelabur sendiri tak pernah tahu & tak mahu ambil tahu hal ini
3) Pelabur rasa belum nak mati lagi untuk penamaan & tak pernah rancang masa akan datang
Lihat screenshot laman web ASB atau klik [SINI] kalau masih tak percaya selagi tak baca. Saya petik ambil part yang penting sahaja, nak penuh boleh teruskan di laman ASB.
Bagi saya, tiada guna kalau ketika hidup kita bersusah payah, ikat perut untuk menyimpan duit kalau akhirnya lepas meninggal kesemua duit tersebut DIBEKUKAN macam tu aja. Nak jadi pelabur, jadilah pelabur yang cerdik. Untuk apa anda sumbangkan simpanan anda ke dalam kumpulan wang tak dituntut ? Sedangkan ahli keluarga yang masih hidup terpaksa catu makan minum selepas anda meninggal dunia kerana kedaifan anda mengurus simpanan dan pelaburan anda ketika hidup. Nak letak penama pun berkira-kiranya, akhirnya duit tu tak kemana.
Bila saja berlaku kematian pada pemilik akaun ASB, dengan serta merta pelaburan ASB akan dibekukan, duit dalam ASB bukan terus dapat pada anak, pada pasangan mahupun ibu bapa yang masih hidup.
Tak kira la dalam ASB tu ada RM 100,000 mahupun RM 10 sekali pun.
Beku tetap beku. That's the rule.
Bila duit dah beku, keluarga atau waris yang menuntut perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka bagi membolehkan pengeluaran duit ASB si mati dilakukan. Jika selama ini berpendapat bahawa keluarga anda terima semua simpanan anda setelah anda dapat title 'arwah', anda SILAP BESAR.
Sebaliknya keluarga anda menderita. Kenapa ? Duit anda dah dibekukan satu perkara. Bagi yang buat pelaburan secara ASB loan lagi la naye. Mana tak nayenya, anda ingat bank hapuskan hutang loan ASB macam tu aje ke kalau meninggal dunia ? Siapa nak tanggung hutang tu ? Siapa lagi kalau bukan waris anda. Sebab tu ada bank yang bijak, dia kenakan caj insurans secara monthly basis ke dalam pembiayaan ASB loan anda supaya bila anda meninggal dunia, hutang tu dapat ditebus melalui insurans. Bank adalah organisasi yang tak akan buat bisnes yang tak memberi keuntungan pada mereka, ingat tu !
Apabila harta simpanan dah dibekukan, waris anda perlu dapatkan Surat Tadbir Pusaka, kena kumpul waris-waris yang masih hidup yang lain untuk pengagihan baki pelaburan. Kebiasaannya proses ini memakan masa berbulan lamanya, malah ada yang makan masa bertahun-tahun masih tak selesai tuntutan harta si mati bergantung kepada kes. Dan kat sini, pengurus surat tadbir pusaka akan caj % untuk uruskan harta yang nak diagihkan. Kan da rugi kat sini, kalau 4% daripada RM 100,000 dah berjumlah RM 4,000 (boleh buat upah haji 2x).
Andai kata ada pertelingkahan dalam urusan agihan, maka makin panjang masa akan diambil untuk duit pelaburan yang telah dibekukan sampai kepada keluarga kita terutama sekali anak, pasangan dan ibu bapa. Maka tak hairan la kenapa sehingga kini masih terdapat RM 40 bilion harta umat Islam yang telah meninggal dunia dibekukan.
Kenapa boleh timbul pertelingkahan ?
Kerana pembahagian adalah berdasarkan faraid. Termasuk pelaburan ASB si mati.
Jika anda sebagai isteri yang baru kematian suami, dengan andaian jumlah pelaburan arwah suami RM 100,000, anda hanya layak terima 1 bahagian sahaja (rujuk kalkulator faraid & tertakluk kepada bilangan ahli keluarga waris yang masih hidup yang layak menerima harta faraid).
Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM 100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka ?
Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui perisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah).
Jadi, anda sebagai pelabur ASB boleh terus menamakan keluarga anda untuk menerima jumlah hibah jika anda meninggal dunia nanti tanpa perlu agihan faraid. Cara ini lebih baik untuk anda pastikan waris anda yang mana perlu menerima duit yang telah anda laburkan dan mengelakkan berlakunya perselisihan keluarga setelah anda meninggal dunia nanti. Maklumat lanjut kunjungi mana-mana cawangan ASB terdekat anda untuk maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, pendapat saya sebagai seorang konsultan takaful, pelaburan ASB bukanlah satu pelaburan yang sempurna kerana masih terdapat kekurangan sehingga menimbulkan rasa was-was di kalangan pelabur yang mementingkan halal haramnya sesuatu pelaburan. Kini ASB baru memperkenalkan konsep HIBAH (satu perkara yang sepatutnya diketahui oleh pelabur ASB).
*Ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan mungkin bercanggah dengan pendirian anda.
Namun, jika anda ragu-ragu tentang ke mana arah simpanan ASB anda setelah meninggal dunia, sila berhubung terus dengan pejabat ASB dan pilihlah HIBAH amanah untuk kesenangan keluarga anda nanti.
Jangan bekukan harta anda setelah kematian anda nanti
Kesian kat anak-anak, pasangan dan ibu bapa.
Entri ini hanya untuk menyedarkan anda mengenai pentingnya harga diwasiatkan,
Pelaburan ASB Langkah Bodoh Kerana Harta Dibekukan Selepas Mati
Anonymous{ 69 comments.. read them below or add one }
Unknown
4:03 PM
Betul ke?Suami saya meninggal,kebetulan ada sedikit simpanan Asb, apa yg perlu di hantar ialah salinan sijil nikah, salinan surat mati dan i/c arwah dan saya, salinan muka dpn buku Asb serta surat sumpah yg tlh di tandatangan oleh peguam... urusan cepat je... semua simpanan arwah tlh pun di transfer ke account saya...tk de masalah pun.
snowhite
7:41 PM
Assalam..fyi, i pernah claim for my late uncle's ASB loan..1stly..ASB ada khairat kematian..i dtg ke PNB jln tun razak tunjuk death certificate, terus dpt cash RM2k for khairat kematian. 2ndly, my auntie dlm duit claim ASB Loan almost RM50k not even 2-3 wks. So, i rasa better u share info yg benar..coz di akhirat mudah u nak menjawab soalan2 yg ditanya..berkata benarlah..wl pun pahit..& lastly...ASB loan sekrg ni ada Islamic loan. Tqvm.
snowhite
7:42 PM

10:41 PM
Xcomplete ni tuan rumah..
S5.Bagaimanakah cara pembayaran tuntutan kematian dilakukan oleh pihak ASNB kepada waris?
Pindah milik iaitu bayaran dibuat dengan memindahkan baki unit dari akaun unit amanah ASNB si mati ke akaun unit amanah ASNB waris/waris-waris (di pindah milik ke akaun unit amanah yang sama sahaja).

Anis Azman
12:43 AM
Sy pernah menjalani latihan industri di asnb...pada pengetahuan saya...apa yg ditulis adalah benar tapi tidak tepat...harta hanya dibekukan sementara sahaja selepas pemilik akaun meninggal...bagi menuntut harta tersebut...pewaris perlulah mengemukan beberapa dokumen yg diperlukan oleh asnb dan borang tersebut akan diserahkan kepada amanah raya berhad...segala harta tinggalan akan dibahagikan mengikut faraid...bukan tak dapat harta tu...cuma lambat sebab birokrasi...ditambah lagi...asnb menawarkan bantuan khairat kematian bernilai rm600 (kalau saya tak silap lah itu jumlahnya) bagi meringankan beban keluarga arwah..tapi sayangnya..tak ramai yang tahu...terima kasih...
Unknown
1:13 AM
Salam..sy pun nk beri pendapat n knowledge cket..islam ade suruh n galakkn kte buat wasiat..why dont u share a bit on wasiat..actually if kte xbuat hibah pun wasiat blh bantu if kte mati..duit xkn blh beku..n dkat asnb blh buat hibah just kena byr rm180..try check thru pnb webpage..n psl zakat n so on pls la ini harta dunia je org kte ni byk buat2 lupa n trus kabur part ni..pastu bising coz xautomatic potong la..anyway tqvm coz make me learn a few thing from this as info n guidance..
Unknown
1:14 AM

osthman manaf
2:31 AM
Kenyataan BODOH. baru2 ni Ibu saya meninggal dah dpt pun duit tuntutan ASB Arwah Ibu melalui tuntuan Harat Pesaka melalui Pejabat Harta Puaska, orang yang bodoh dan tak mahu bertanya sahaja akan menempuh kegagalan menuntut wang sepeninggalan si mati, kemudian tuduh lah itu ini...BODOH punya Info atas tu.
Unknown
4:27 AM
arwah abang meninggal. kakak ipar hanya pergi ke resident office ,isi surat sumpah dan hantar balik ke asb. takda lah lama pun. rasa dalam sebulan dapat terus duit tu. masuk dalam akaun asb isteri kalau tak silap. dan ada khairat kematian diberi dahulu ke dalam akaun. begitu juga dengan epf, hanya isi borang dan selesai. memang bukan konsep islam. sebab itu sekarang ada tabung haji yang hampir sama keuntungannya dengan asb. takaful satu cara untuk menyimpan sambil terjamin sekira ada berlaku musibah. itu adalah salah satu dari pelaburan. saham, saham amanah, insuran , fix deposit, dsb. harap maklum
Unknown
6:50 AM
Salam. Terima kasih kerana sharing tetapi sebaik2nya kalau nak promote produk takaful x perlulah sampai memburuk2kan produk yg lain. Takaful adalah berbeza dgn ASB sebab takaful adalah insuran. Sekarang ni insuran berkembang dgn membuat pelaburan sesuai dgn perkembangan dan peredaran zaman. Setiap pelabur kena bijak kerana kalau membuat pinjaman mmg perlu berhati2 berurusan dgn bank kerana lebih memihak kpd mereka. Kalau melabur direct ke dlm ASB adalah berbeza dan seelok2nya menginsurankan simpanan melalui loan. Setiap harta di dlm bank termasuk ASB akan dibekukan sebaik sahaja meninggal dunia. Duit tersebut perlu melalui proses yg telah disebutkan utk segala urusan pembahagian harta. Tetapi dlm tempoh 6 bulan drpd tarikh kematian boleh tuntut dahulu wang khairat kematian drpd PNB pejabat yg menguruskan ASB utk tujuan urusan arwah tuan punya akaun. Utk pengetahuan, adik-beradik isteri saya tiada masalah pun utk segala urusan pembahagian harta tersebut hanya kerana ASB tersebut telah dibekukan. Tujuan ia dibekukan utk mengelakkan drpd sebarang penyalahgunaan atau penipuan. Maklumlah bila melibatkan urusan duit yg byk pasti ramai2 berebut dan nakkan segera. Walhal byk kebaikannya kalau bersabar. X lama pun proses keluarga isteri saya utk menerima bahagian masing2 mengikut faraid. Lagi satu ASB adalah antara pulangan pelaburan yg paling tinggi di dlm industri pelaburan di dlm negara sbb tu bank sanggup tawarkan pinjaman kerana pasti kadar dividennya akan mengatasi kadar faedah simpanan tetap yg paling tinggi pun yg pastinya x boleh diterima jika perbankan konvensional. Sekurang2nya ASB telah difatwakan harus oleh ulama. Pada saya, kalau nak promosikan takaful itu adalah bagus sekalipun diharap x perlulah memberikan fakta separa masak ditambah lagi dgn memburuk2kan produk lain. Kalau sesuatu produk itu mmg bagus, ia tetap akan bagus bersandarkan kepada fakta yg tepat sahaja dan x perlulah sampai nak menakut2kan org lain. Percayalah, kalau ASB ni dibuka kpd bukan bumiputera, pasti dlm tempoh yg pantas segala jumlah peruntukkan saham tersebut akan habis terjual disebabkan kadar dividennya yg sentiasa berada pada 7% dan ke atas. Basic calculations pun boleh membuktikannya... x perlu cepat mengejar keuntungan kerana tiada perkara yg cepat akan bertahan lama. Marilah kita menjadi pelabur yg bijak dgn membaca dan menyemak dahulu bukan sekadar membaca dan membuat intepretasi sendiri menurut andaian kita semata2 terutamanya utk melariskan sesuatu produk yg lain. Wallahualam.
Unknown
8:39 AM
Buat malu je jd consultant kalo xtau bnde ni..bkn main yakin je mamat ni menulis..
1) asb ialah simpanan.adekah simpanan tu nak spend sume sebelom mati?
2) kalo asb x boleh buat penama, aku nak tye sket.bape ramai buat penama utk saving acc dorg? Simpan dlm tabung haji pon ramai yg x buat penama lagi.ape lg kalo unit trust...
3) faraid ialah jalan terakhir dlm islam kalo x mencapai persetujuan dlm pembahagian harta.kalo suke same suke cara pembahagian tu, xde masalah.yg penting kene jage kes2 mcm anak agkat, anak susuan sume tu.
4) prosedur memg leceh kalo xde penama ni.yg penting ade complete docs sume, mesti dpt balik duit tu x kurang sesen pon.
5) bab asb loan, selalunye sume asb loan dimasukkan insuran skali.sape yg nk tolak coverage kalo tambah dlm rm5 je sebulan?kalo umur muda lg murah. Ko mkn kat kedai sekali je dh lebih dari rm5.
6) asb pon boleh simpan max 200k.bape kerat je org melayu ade simpan asb byk tu?
Xyah la gelar diri consultant kalo bodo..hehe

Matdin
9:32 AM
emmmmm..... saya setuju dengan pendapat ramai2... yg anda membuat kesimpulan tak tepat dan angapan yg tak betul terhadap ASNB.... asnb ada amanah HIBAH.. ape susah2... masuk Amanah Hibah laa kalau duit anda banyak.... kalau setakat 10k..20k... tak payah masuk pun tak ape... lagi satu pasal halal haram??? emmm... ni lagi satu kes yg mana kita tak berape paham.... hukum melabur dlm asnb adalah harus.. tidak haram. so ape masalah nya?? dividen?? tabung haji pun ada dividen kan... kwsp.. pun ada.. bank rakyat pun ada..... banyak lagi syarikat yg ada dividen....emmmmm ... pasal pelaburan pnb/asnb?? yg anda tak tahu???? so anda tahu kemana kwsp melabir?? tabung haji melabur??? anda fikir2 kan lahhh.....
Nur Ikhsan
9:43 AM
Saya yg pernah bkhidmat d ASNB menyatakan post ni tidak berasas. Tuntutan tidak susah untuk dibuat, lebih aman jika pembahagian mengikut faraid. Cuma sekarang rmai yg tamak harta, ibu dengki pd anak, isteri dendam dgn suami, suami skt hati ngan isteri. Jika rasa x mahu mengikut cara faraid, boleh cari alternatif lain untuk menyimpan. Itu komen sy jika ada sesapa yg kurang senang mengenai hak tadbir pusaka mengikut faraid.
Matdin
9:55 AM
emmmmm..... saya setuju dengan pendapat ramai2... yg anda membuat kesimpulan tak tepat dan angapan yg tak betul terhadap ASNB.... asnb ada amanah HIBAH.. ape susah2... masuk Amanah Hibah laa kalau duit anda banyak.... kalau setakat 10k..20k... tak payah masuk pun tak ape... lagi satu pasal halal haram??? emmm... ni lagi satu kes yg mana kita tak berape paham.... hukum melabur dlm asnb adalah harus.. tidak haram. so ape masalah nya?? dividen?? tabung haji pun ada dividen kan... kwsp.. pun ada.. bank rakyat pun ada..... banyak lagi syarikat yg ada dividen....emmmmm ... pasal pelaburan pnb/asnb?? yg anda tak tahu???? so anda tahu kemana kwsp melabir?? tabung haji melabur??? anda fikir2 kan lahhh.....
Unknown
11:28 AM
Artikel tuan betul, tapi kurang tepat.
Sepatutnya tuan kena nyatakan kes yang melibatkan Surat Kuasa Mentadbir berlaku jika simpanan ASB melebihi 10K & si mati tiada waris.
Jika si mati ada waris dan Simpanan ASB kurang dari 10K. Tiada masalah untuk buat pengeluaran simpanan ASB si mati. Hanya beberapa dokumen sahaja diperlukan.

hyelbaine
11:35 AM
Any asset whether immovable or otherwise that isn't part of an estate and/or will upon the death of it's owner will be frozen. Car, house, land, etc2 will all have to go through the same process where these assets are first frozen pending the normal judicial process of inheritance is resolved.
Ustaz Sensei
1:49 PM
adoi la.. penulis tak buat homework pasal pentadbiran pusaka.
Beku bawah akta probet?
Akta probet tu untuk pentadbiran pusaka berwasiat bagi non-muslim bro..........
Beku bawah akta probet?
Akta probet tu untuk pentadbiran pusaka berwasiat bagi non-muslim bro..........
Unknown
2:08 PM
Tuan, maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini tidak berapa lengkap.
Sebenarnya, SEMUA harta akan beku selepas meninggal dunia tidak kira ASB, akaun bank, saham, dll.
Tapi pada harta yang mempunya penama, proses pertukaran nama akan lebih lancar berbanding harta yang tiada penama.
Dan ASB antara harta yang boleh diletakkan penama dengan mudah jika dibandingkan dengan harta-harta lain seperti hartanah dan saham.
Berikut ada beberapa artikel yang berkaitan isu penama;
http://rahsiatakaful.com/v1/penama-bukan-pewaris-fatwa.html
http://rahsiatakaful.com/v1/penama-takaful-insurans-jangan-letak-nama-anak.html
http://rahsiatakaful.com/v1/faq-7-beza-penama-dan-hibah.html
http://rahsiatakaful.com/v1/siapa-penama-polisi-takaful-kwsp-anda.html
http://rahsiatakaful.com/v1/polisi-takaful-kasih-sayang-loving-copule-policy-takaful.html

2:38 PM
Harap penulis betulkan semula posting ini sebab ada banyak info yang tidak tepat yang boleh mengelirukan org ramai sbg contoh mereka yg total simpanan below RM10k dan juga semua harta yang tidak diwasiatkan akan dibekukan sementara menunggu proses pengagihan harta pusaka selesai dan bukan sahaja ASB.
edelina
2:58 PM
Asb khas dan istimewa utk org melayu...jgn biar benda2 mcm ni racun fikiran kite dari terus membuat simpanan...masa apply loan asb mintak sekali agent utk buat wasiat.kalau ade wasiat dlm masa 6 bulan waris da boleh ambil duit..tp kalau xde wasiat proses boleh mencapai 2 tahun...at least dapat...dpt meringankan beban waris kite...org melayu selalu fikir negative utk benda yg baik....stay positive!!kita sama2 bersatu!
Unknown
2:59 PM
Guys.. not saying I m racist. Its about this issue. My uncle passed away for about 2 years. De car name transfer and money will transfer to emaknya (my grandma) pun nak tunggu for nearly about a year.. bukan yg kamu kata 2 to 3 weeks je settle. 12 bulan ni. My uncle and emaknya(grandma saya) adalah chinese. I still wonder why la. I dah baca status dari atas sampai bawah. All malay yang comment no prob. Tapi saya sini memang a problem.
Unknown
5:59 PM
Sekadar berkongsi pendapat:
1- Wasiat adalah utk yg tiada pertalian dgn simati. Waris2 terdekat adalah penerima pusaka, jd perlu melalui proses faraid.
2- Wasiat sekadar 1/3 drpd harta simati.
Apa yg dikongsi oleh penulis bukanlah 100% salah.. cuma ada kekurangan informasi dan ada fakta yg kurang tepat.
Isteri saya baru melakukan proses pengeluaran ASB arwah mak nya, ianya agak merumitkan dan megambil masa sebab mak x ada anak lelaki. Mereka lima beradik perempuan. Ayah mash ada.
Langkah pertama, bawa sijil kematian kepada agen2 ASB yg bertauliah. Pejabat pos pun boleh. Mereka akan bagi RM200 cash utk khairat kematian. Baki RM800 dihantar/pos melalui cheq, terima dlm masa 2 minggu. (Khairat kematian - RM1000, harus dituntut dlm masa 6 bulan dr tarikh kematian). Jika simpanan kurang drpd RM10,000 memang prosesnya mudah sbb tidak perlu naik turun mahkamah syariah & Amanah Raya.
Disebabkan arwah tidak ada anak lelaki, maka mereka kena cari surat kematian tok & tok wan (arwah mak & ayah kepada arwah mak). Kena pergi ke JPN cari surat2 kematian ni & kena bayar kos pencarian. Kerani kt kaunter kata, di sebabkan tok dan tok wan sudah meninggal lama, berkemungkinan sukar untuk mencari, makanya mereka menyarankan lebih mudah supaya kita menyelesaikannya dgn pesuruh jaya sumpah. Ini memang option yg mahkamah bagi. Dengan pesuruh jaya sumpah pun kena bayar kos nya jugak..
Ambik borang pembahagian harta pusaka d mahkamah syariah yg berdekatan. Isi borang2 yg perlu dan kena sertakan 2 salinan IC & Surat beranak utk setiap anak. 2 salinan IC ayah, 2 salinan IC utk semua adik2 mak, 2 salinan sijil kematian, salinan buku ASB, 2 salinan sijil nikah.. [x semua mak & ayah masih simpan sijil nikah mereka, jd kena pergi JPN cari juga jika x ada.. Kos pencarian kena bayar lagi].. Kena angkat sumpah di mahkamah syariah, 2,3 kali.. baru selesai. Kat mahkamah pun kena bayar kos admin jugak.. Lepas dh selesai dgn urusan mahkamah syariah, kena ambik borang urusan faraid kt Amanah Raya. Lengkap borang, Sertakan semua salinan seperti di atas pergi ke pesuruh jaya sumpah, matikan stamp hasil.. kos lagi [ RM10 duit stamp, RM 4 duit utk matikan stamp oleh pesuruh jaya sumpah]... Bawa semua borang2 pergi ke ARB.. tunggu mereka masukkan data ke dlm sistem mereka dan bayar wang pendahuluan RM60.. [kos lagi] .katanya akan refund, tapi x pasti sbb dlm borang tu mmg dh tulis ARB akan ambik 4% yuran pentadbiran...
Sekarang semua permohonan sudah selesai, sedang menunggu surat atau panggilan dr ARB.. Katanya akan mengambil masa bergantung kepada berapa cepat pihak ASNB utk release kan duit dr akaun ASB arwah mak..
Apa yg dpt sy simpul kan.. proses2 tersebut mmg xsusah, tp xmudah. Semua memerlukan kos, sedangkan yg nk diambil tu duit dr akaun waris kita.. Perlu ambik cuti beberpa kali jika kita bekerja. Jadinya, jika x ada anak lelaki, lebih baik melakukan hibah. Bukan nk menidakkan hukum faraid yg ALLAH tetapkan, tapi bayangkan jika simpanan emak adalah dr duit2 yg ayah dan anak2 berikan setiap bulan. Mak tidak bekerja. Memang kita akan rasa terkilan sikit jika ianya harus dibahagikan kepada adik2 mak yg lain..
Dlm borang2 ARB, pembahagian harta pusaka tu mmg ada satu borang jika waris2 xnak menerima bahagian2 mereka, tetapi proses nya pulak agak susah sbb waris2 kena isi borang dan perlu ke pesuruh jaya sumpah lg... dan ini melibatkan kos tambahan . Jika waris2 tinggal dlm daerah yg berdekatan senang nk buat urusan serentak. tapi jika jauh kena photosatat borang dan urus sendiri2 dgn pesuruh jaya sumpah yg berdekatan,,,susah..
Apa2 pun berdoalah pada ALLAH agar DIA mempermudahkan segala urusan kita... Apa yg berlaku sekarang adalah sebagai pengajaran utk kami di kemudian hari. Setidak2nya kami dah tahu betapa pentingnya hibah dan wasiat utk pasangan yg tiada anak langsung atau pun yg toada anak lelaki.

Anak kampung
6:47 PM
Kalau tak ada masalah untuk membuat tuntutan ASB selepas meninggal Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan Allah SWT. Penulis hanya memberikan pandangannya munkin ada yang membuat tuntutan menemui jalan yang agak sulit, dia hanya mengingatkan kita agar dapat berhati2 bila membuat sebarang pengurusan. Think positive for our own good.
Hakiem Zakaria
7:53 PM
Jangan marah2 semua..
Penulis cuma melontarkan pendapat dari sudut pandangan peribadi beliau. Kalau ada diantara pembaca yang tidak ada masalah dalam membuat tuntutan, bagus lah. Semua kita pun tak nak waris kita susah mengharungi banyak proses yang kita sendiri sukar paham.
Pada sy artikel ni adalah mind opener wpun bahasa yang digunakan agak sarkastik sedikit. Tapi tujuan penulis artikel ini berjaya disampaikan pada sebanyak mungkin org.
After all, orang lagi suka baca artikel dengan tajuk panas2 kan? Lagi panas, lagi cepat viral satu artikel tu. So, stay calm saudara2 semua.
Sebagai tambahan, ASB ke, simpanan biasa ke, pelaburan unit amanah ke, insurans atau takaful ke, semuanya ada peranan masing2. Kita sendiri yg tentukan mana yg sesuai dengan nilaian risiko kewangan sndiri. Tidak perlu untuk berbalah untuk perkara kecil seperti ini.
Bersangka baik lah =)

ramai yang menghina admin biarpun ilmu ini agak bermanfaat cuma penulisannya agak kurang lengkap....dalam isu harta pusaka..secara mudahnya,hibah akan membatalkan muafakat manakala muafakat akan membatalkan faraid...maksudnya jika hibah dilaksanakan, muafakat dan faraid tidak berkuasa keatas hibah...hibah menjadikan penerima pusaka sebagai penerima mutlak(beneficiary),pusaka yang diterima daripada muafakat pula faraid tidak berkuasa keatasnya...maksudnya pusaka yang diterima secara muafakat tidak perlu difaraid dengan persetujuan semua ahli faraid...faraid pula merupakan yang terakhir sekali dijalankan setelah 6 perkara si mati diselesaikan...
1.hutang(jual beli yang sudah akad tetapi tidak langsai)
2.pengkebumian jenazah
3.hutang dengan manusia dan hutang dengan Allah(zakat,dam,loan bank)
4.harta sepencarian
5.wasiat(1/3 daripada harta dan bukan pada ahli keluarga terdekat)
6.faraid
*terdapat beberapa badan kewangan sahaja yang melaksanakan konsep hibah di Malaysia
*kena perhatikan juga sifat pelaburan kita=gharar atau tidak
1.telus(bagaimana kiraan dividen dan adakah benar itu keuntungan kita atau keuntungan kita ditetapkan oleh pihak tertentu)
2.kemana institusi yang memegang dana pelaburan ini melabur(halal atau haram)
semoga hidup lebih diberkati dan diredhai kiranya rezki itu dari sumber yang halal...
Pesanan kepada semua penerima pusaka secara wasi(pelaksana amanah)(executor)(ASB,TaHa dan bank2 yang lain)
*wajib faraid harta tersebut
*tidak perlu faraid jika ada muafakat
*tidak boleh dituntut oleh ahli keluarga lain daripada penerima jika penerima menerima pusaka secara hibah
#pentingnya ilmu ini supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang memakan harta anak yatim secara zalim...
semoga bermanfaat

12:57 AM
#Elakkan memakan harta anak yatim
Siapa saja yang menerima harta pusaka secara wasi hanya layak menjadi pelaksana amanah..bila saja dapat duit hasil pusaka..penama yang menerima secara wasi wajib mengagihkan harta pusaka berdasarkan 6 perkara..
1.hutang yg sedang dijalankan..(jual beli yang akad tetapi tidak langsai)
2.urusan jenazah..
3.hutang manusia dan Allah..(zakat,dam, loan bank etc)
4.harta sepencarian jika lebih satu istri baik declare awal..
5.wasiat-xbley pada waris terdekat dan hnya 1/3 dari harta ...
6. Faraid(terbatal kiranya ada muafakat)(muafakat pula terbatal kiranya ada hibah)
Hibah akan membatalkan muafakat,muafakat akan membatalkan faraid
Wasi(pelaksana amanah)(executor)
*wajib faraid pusaka yang diterima
*tidak perlu faraid jika ada muafakat(seluruh ahli keluarga setuju bahawa penama tersebut menerima seluruh pusaka)
#Jika ada polisi takaful/insuran,kwsp,ASB,TaHa n etc yang sebelum ini diwariskan dalam status wasi lebih baik tukarkan kepada status hibah supaya dapat elakkan daripada penerima yang tidak tahu tentang pewarisan memakan harta anak yatim dengan zalim...
#Ilmu pertama yang diangkat daripada umat ialah ilmu pembahagian pusaka...

1:07 AM
Janganlah suka2 mengelirukan orang ramai kalau diri sendiri tidak faham dgn prosidur... dapatkan kepastian dahulu berbanding membuat kesimpulan berdasarkan keratan akhbar yg anda sendiri tidak dapat menentukan kesahihannya. Membekukan akaun simati adalah bertujuan supaya mengelakkan pengeluaran tidak sah oleh pihak ke tiga yg tidak mempunyai hak. Itu standard prosidur dlm mana2 bank skalipun... sila sahkan fakta anda sebelum membuat hebahan yang tidak tepat. Kenyataan sebegini banyak menyusahkan org ramai yg tidak tahu hujung pangkalnya... tolong kaji balik sumber2 anda. Terima kasih.
Dona Lowii
6:38 AM
Ko nih x puas ati psl x dpt duit asb mak ayah ko ke? Atau sebenarnye ko yg dibekukn dr menerima harta peninggalan si mati?
Norhaliza
4:22 PM
ramai yang duk baca dan melenting tanpa mahu memahami hasrat sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis "Setelah ditolak agihan mengikut faraid, si balu mungkin menerima beberapa ribu ringgit dari jumlah RM 100,000. Jadi jika ada menyimpan dengan jumlah besar dalam ASB, tercapaikah hasrat anda untuk anda agihkan duit tersebut terus ke anak, pasangan atau ibu bapa anda dengan jumlah yang anda sendiri tentukan untuk mereka ?
Saya tidak mempertikaikan pembahagian harta secara faraid, jauh sekali untuk menolak hukum faraid. Tetapi di sini saya ingin memberi tahu kepada semua pelabur ASB bahawa terdapat alternatif agihan simpanan ASB selepas meninggal dunia iaitu melalui perisytiharan amanah dan konsep hibah (hadiah). " .....saya ambil fahaman mudah je la,ramai diantara kita yang buat pelaburan ASB adalah utk suami atau isteri,anak-anak dan ibu bapa,maknanya utk keluarga terdekat,memang banyak harta yang terbeku bilamana proses faraid ingin dijalankan dan tidak mendapat persetujuan atau tidak mendapat kerjasama yang baik dari pewaris2 yang layak diatas faraid tersebut,bagi yang tidak bermasalah,alhamdulillah segalanya boleh berjalan dengan lancar,namun bila ada sesetgh waris yang layak tidak bersetuju atau pelbagai2 hal lagi,inilah yang akan merumitkan perjalanan tuntutan tersebut dan ianya mungkin akan menyusahkan suami/isteri,anak2 dan ibu bapa,jadi penulis menyarankan agar digunakan kaedah Hibah,so ianya direct terus kepada samada isteri/suami,anak2 atau ibu bapa yang telah dinamakan didalam pemberian Hibah tersebut.......percaya atau tidak,memang cukup2 banyak harta yang "beku" dek kerumitan tuntutan harta pusaka yg kurang difahami ramai,saya setuju dengan kenyataan Scid Faust dan Wahab Disini...wallahu`alam bissawab

5:09 PM
Rasa2 antara Pelaburan ASB & Insuran Takaful yg mana lg bagus? Pelaburan ASB sekurang2nya dpt balik d whole amount, Insuran mcmane dpt ke tak.? Cepat ke tak. Mmg chinesse taklayak utk Pelaburan ASB kecuali yg beragama Islam. Jgn pulak krg kahwin org melayu setakat nama ambik kelayakan tu aje. Nawaitu tu kena betul...harta xdpt di bawah mati...tak berharga pun di sana nanti.
biliey at_Tajini
7:59 PM
Kalau nak simpan tu...baik simpan dalam Tabung Haji...ada jugak dividen...ASB walaupun ada dividen tetapi perlu bayar zakat jika cukup haul dan nisab...
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →