Kerana Dadah Lagu Zamani Meletup Di Carta Itunes

Biasanya hilang penyanyi kerana meninggal dunia pasti akan membuatkan album penyanyi tersebut laris di pasaran,Bagi Zamani pula,kerana kes dadah,lagu-lagunya meletup naik ni carta Itunes.
Memang agak susah untuk kita melihat album Melayu memasuki carta top 10 Itunes kerana sebelum ini hanya lagu Inggeris, Cina dan lain-lain# sahaja yang memonopoli carta tersebut.

Bagaimanapun, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan kemampuan album koleksi 50 lagu-lagu slam yang menduduki carta nombor enam (6) semalam sebagai album Melayu paling top di Itunes (www.apple.com/my/itunes/charts/).

Selain album Slam, album Zikir Terapi Diri daripada Hafiz Hamidun turut tersenarai hari ini sebagai top 10 di carta Itunes.
 


Nampaknya, dakwaan kes dadah yang melibatkan Zamani telah berjaya melonjakkan nama penyanyi itu dan kumpulan Slam.

Harapan dan doa kita, moga Zamani akan terus meletop selepas ini. Amin. -myartis

Carta Itunes semalam

0 comment... add one now