Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 14



Kalau....

�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti takkan ada seorang pun ahli politik yang akan bercuti ke luar negara.
�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti takkan ada mangsa banjir yang tercicir tanpa khabar berita. 
�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti segala keperluan akan dihantar segera.
�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti semua pengundi akan menerima payung, baju hujan dan topi selengkapnya.
�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti semua calon akan meredah banjir biarpun sampai ke paras dada.
�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti takde seorang pun ahli politik yang lena tidurnya.
�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti aset pertahanan dan keselematan negara digunakan semua.
�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti berlumba-lumba syarikat korporat mahu menghulurkan tenaga.
�� Kalaulah pilihanraya minggu depan, mesti semua agensi kerajaan dikerahkan bekerja.


Kampung manjor, kuala krai, kelantan

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 4

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 5

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 6

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 7

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 8

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 9

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 10

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 11

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 12

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 13



























Terbaik anak muda dari KL turut sama turun membantu mangsa banjir. Lokasi di sekitar daerah pahang.





















Air mula naik di sekitar Bandar Pekan pagi ni..











Lokasi: TF Mentakab
Masa: 11.00 pagi (29 Disember 2014)



Keadaan banjir di Kampung Tekek, Pulau Tioman jam 11.50 pagi tadi... Hujan lebat dengan keadaan laut bergelora... Banyak jalan dah terputus..




Jam 11.50 pagi 29/12/2014. Jalan dari Sri Jaya ke Bukit Gambang Resort banjir,so dari Sri Jaya ke Gambang tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan




12.30 tgh 29/12/2014. Keadaan air di Sungai Maran... Air semakin naik... hampir ke atas jalan














hero baru balik




SK Chenor dari hadapan..jam 11 pg td..Tingkat 1 dah habis padang, pagar.. semua dah hilang



Credit : Wani MrsBajwa Mohamad
Keadaan rmh sy di Kuala Krai..tggu nak runtuh je..
Air masih blm surut sepenuhnya..
Redha atas ketentuanNYA.





jambatan temerloh


ujan masih turun sekitar temerloh dan mentakab.dan makin byk tempat dinaiki air.
stakat ni umah aku insyaallah selamat.umah kuarga kat batu 4 paya pulai pun selamt lg cuma nak pegi sana dah taklepas.api pun dah takde kat sana.mujur ada genset yg biasa buat niaga..
harap2 ujan cepat berenti dan air cepat surut.
yg nasib baiknya mujurla jln ke kl msh lepas...jd bantuan masih blh sampai...



pekan pahang... 


Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Merah)
Dikeluarkan pada : 02:07pm pada 29 Disember 2014
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Dikeluarkan pada: 12:30 pagi pada 29-12-2014.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Dungun & Kemaman), Pahang (Daerah Kuantan, Pekan & Rompin) & Johor (Daerah Mersing) dijangka berterusan sehingga Rabu, 31 Disember 2014.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada: 02:07 petang, 29-12-2014.
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Hulu Terenganu), Pahang (Daerah Bera, Temerloh, Jerantut & Maran), Johor (Daerah Segamat, Kluang & Kota Tinggi), Negeri Sembilan dan Sarawak (Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri & Limbang) dijangka berterusan sehingga Rabu, 31 Disember 2014.
SEKSYEN C: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Dikemaskini pada: 09:26 pagi, 29-12-2014.
Hujan monsun beserta angin kencang yang berlaku di negeri Perlis, Kedah, Perak (Utara), Kelantan, Terengganu (Utara & Tengah), Pahang (Pedalaman), Johor Barat dan Sabah dijangka berterusan sehingga Rabu, 31 Disember 2014.



1 comment... add one now

AnonymousAnonymous 6:04 PM
Kalaulah kita pusatkan tumpuan... berdoa akan keselamatan dan kemudahan buat semua... tanpa perlu menuding jari pada manamana pihak...tentu segala fikiran lapang tiada perasaan ketidakpuasan.