Pada minit-minit akhir, pesawat itu naik ke aras lebih tinggi pada kelajuan luar biasa.
"Ia melebihi tahap kelajuan biasa berdasarkan kemampuan enjin," katanya.
Sebelum itu pada sidang parlimen, Ignasius menjelaskan, data radar menunjukkan pesawat Airbus A320-200 itu dikesan mendaki pada kadar 1,8#00 meter seminit sebelum terhempas. Beberapa pesawat lain turut berada berhampiran ketika kejadian.
Jakarta: Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa sehingga mengorbankan 162 orang bulan lalu dilaporkan naik ke aras lebih tinggi pada kadar kelajuan luar biasa sebelum enjin mati, kata Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan har#i ini.
Ignasius berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan data daripada radar.
"Saya rasa amat jarang sebuah pesawat boleh mendaki pada kelajuan itu (1,800 meter seminit) walaupun pesawat tempur.
"Untuk sebuah pesawat komersil, mendaki pada kelajuan 304 hingga 609 meter seminit sudah dikira luar biasa kerana ia bukan direka untuk mendaki selaju itu," katanya.
Ignasius memberi penjelasan selepas penyiasat daripada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional menyiasat kemungkinan kerosakan pesawat atau faktor manusia menjadi penyebab kepada nahas pesawat berkenaan berdasarkan analisis awal perakam suara kokpit.
Selain daripada perakam suara kokpit, jawatankuasa berkenaan juga meneliti maklumat dalam perakam data penerbangan yang memantau setiap komponen pesaw##at. Laporan awal akan dikeluarkan pada 28 Januari ini.
Operasi mencari pesawat berkenaan sebelum ini disertai beberapa negara seperti Malaysia, Amerika Syarikat dan China.
Setakat ini pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui 53 jasad di laut.
Minggu lalu, kapal Tentera Laut Singapura menemui rangka utama pesawat dan pasukan menyelamat berharap dapat mengeluarkan jasad penumpang dan anak kapal yang diper#cayai masih berada di dalam.
Bagaimanapun setakat ini, penyelam belum berjaya sampai ke lokasi rangka pesawat berikutan cuaca buruk. - AFP.