Pada 5 November tahun lalu, Marina memfailkan saman ke atas Zizan /yang dinamakan sebagai defendan tunggal di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan syarikat televisyen berbayar itu sebelum kontrak bersama Wire Fame En#tertainment Sdn. Bhd. tamat.
Injunksi sementara* secara ex-parte (sebelah pihak) itu dikeluarkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Perkembangan kes itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam Harjit Singh Sandhu yang mewakili #Marina Juki selaku pihak plaintif.
Harjit berkata, mahk#amah akan memutuskan pada 6 Mac ini sama ada untuk memb#enarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi kekal atau sebaliknya.Utusan Online