Perkara tersebut ini disampaikan Menteri Luar Negeri Australia, Julie Bishop ketika ditanya adakah negara itu akan mengikut langkah Brazil dan Beland#a dengan memanggil pulang duta besar mereka di Jakarta jika hukuman mati tetap dilaksanakan.
Kata putus itu akan direalisasikan jika pihak pem#erintah Indonesia menghukum mati dua warga Australia, Andrew Chan dan Myuran Sukumara, yang #terlibat dalam penyeludupan heroin seberat 8 kilogram ke negeri jiran tersebut.
"Saya tidak akan berspekulasi mengenai apa yang terjadi jika pihak pemerintah Indonesia melaksanakan hukuman mati terhadap warga Australia. Apa yang akan terus kami lakukan adalah membantu sejauh kami mampu," katanya.
Warga Vietnam, Nigeria, dan Malawi juga adalah antara sejumlah warga asing yang berdepan hukuman mati pada akhir minggu lalu.
Hubungan Australia dan Indonesia seringkali dilanda masalah, terutamanya berkaitan isu pemohon suaka dan juga hal-hal pengintipan.
Pada tahun 2013, pemerintah Indonesia memanggil pulang duta besarnya dan membekukan kerjasama ketenteraan antara dua negara apabila setelah terdedahnya kes mencuri dengar perbualan telefon isteri bekas presiden, Susilo Bambang Yudhoyono.
50 Kali Rayuan Ditolak
Menteri Luar Australia, Julie Bishop hari ini berkata, dua rakyatnya Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, dihukum gantung #kerana kesalahan mengedar dadah.
Hukuman terhadap ke*dua-dua mereka dijatuhkan pada 2006 kerana berperanan sebagai ketua sindiket Bali Nine yang ditahan pada tahun 2005# kerana cuba menyeludup keluar lapan kilogram dadah jenis heroin dari Bali.
Sukumaran sebelum ini memberitahu, pengampunannya telah ditolak dan Chan turut dihukum mati selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo me memberitahu, kesem#ua banduan yang disabitkan atas jenayah sama akan menjalani hukuman bersama.
Bishop memberitahu rangkaian berita, Channel 9, pihaknya telah mengadakan pertemuan sebanyak 50 hingga 55 kali dengan pegawai pemimpin Indonesia# sejak beberapa tahun lalu.
Bishop berkata, Australia mendapati pelaksanaan hukuman mati itu ‘sangat teruk’ dan berpendapat pengedaran dadah tidak dapat dihentikan, tetapi mengakui Indo#nesia mempunyai undang-undang sendiri dan kerajaan Indonesia di bawah pimpinan Jokowi telah berjanji untuk bertindak tegas terhadap pengedar dadah.
Sementara itu, Per*dana Menteri, Tony Abbott pula berkata, beliau berharap kedua-dua me*reka mendapat peng*ampunan, tetapi beliau tidak akan berbuat se#barang tindakan yang boleh menjejaskan hubungan antara dua negara.
Jurucakap Agensi Narkotik Kebangsa*an Indonesia berkata, jumlah yang dijatuhi hukuman gantung adalah seramai 60 orang dan separuh daripada jumlah itu adalah warga asing, termasuk seorang nenek, Lindsay Sandiford.#
Sandiford, dijatuhi hukuman gantung dua tahun lalu, selepas# didapati bersalah menyeludup dadah jenis kokain bernilai AS$2.5 juta (RM7.7 juta) ke pulau peranginan terkenal, Bali. – DPA/AFP