Susulan isu video penyanyi Zamani menyanyi dalam keadaan bergari,Beliau memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan Zamani sedar dirinya dirakam anggota polis itu dan kemungkinan dia hanya mahu menghiburkan peminatnya sahaja.
KUALA LUMPUR 23 Jan. - Video klip nyanyian penyanyi popular, Zamani yang tersebar ketika dia ditahan polis berkait satu kes dadah dikatakan tidak disebarkan oleh anggota polis, sebaliknya oleh pihak ketiga.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang memberitahu, pihak menyebarkan video berkenaan dipercayai adalah ahli keluarga anggota polis terbabit.
“Saya telah bertemu dengan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dan beliau memberitahu, video itu dirakamkan oleh peminat (anggota polis) penyanyi terbabit dan penyebaran pula berlaku setelah video itu dipertontonkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Ampang Jaya, di sini hari ini. UTUSAN ONLINE