Video Zamani Tangan Bergari Didesak Menyanyi

Ramai yang terperanjat dengan penangkapan penyanyi Zamani dengan kes penyalahgunaan dadah.Namun hari ini lagi ramai terkejut dengan tersebarnya video penyanyi ini yang dipaksa menyanyi dalam keadaan tangan bergari.

Rakaman ini dipercayai dimuat naik sendiri oleh anggota polis terbabit.Tak lama kemudian ramai yang membantah tindakan anggota polis tersebut.Zamani dalam keadaan bergari menyanyi lagu Gerimis Mengundang sambil menahan malu ketika dirakam.



Bantahan itu menggunakan hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan orang ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau. Mereka menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan Zamani.

Walau bagaimanapun tindakan ini adalah perkara biasa dalam tahanan polis.Sekadar menghiburkan anggota polis tersebut.Zamani perlu pandai bercakap tentang undang-undang sekiranya tidak ingin dimalukan dan dihina lagi.

0 comment... add one now