Kita selalu mendengar mengenai malam Jumaat adalah waktu yang baik untuk melakukan hubungan intim bagi pasangan suami isteri. Hubungan s#ksual yang sihat dan menyenangkan seringkali mempengaruhi keharmonian rumah tangga. Banyak kajian yang dilakukan untuk meningkatkan hubungan s#ksual agar selesa bagi pasangan.
Dari makanan terbaik hingga waktu terbaik yang dapat meningkatkan hubungan s#ksual telah dikaji oleh penyelidik. Penelitian tersebut bertujuan untuk mengetahui cara meningkatkan hubungan s#ksual yang sihat dan harmoni bagi pasangan.
Penyelidikan dari London School of Economic, menyebut "Hari Khamis adalah waktu terbaik untuk melakukan hubungan s#ksual". Menurut penelitian ini, hari Khamis merupakan saat tingginya kadar hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen pada wanita. Kedua hormon ini memacu munculnya rangsangan s#ksual. Semakin tinggi kadarnya, keinginan intim semakin kuat.
Selain itu, Khamis juga menjadi titik puncak terbentuknya energi kortisol. Zat ini merangsang kuat terhadap hormon s#ks. Jadi, anda boleh melakukan hubung#n intim sepanjang hari Khamis dengan penuh ghairah. Dan, kalau mahu melakukannya pada Khamis malam (malam jumaat), akan terasa lebih hebat.
Tahap kortisol yang merangsang hormon s#ks, berada pada tahap tertinggi pada hari Khamis, terutama pada Khamis pagi. Kadar testosteron pada lelaki dan kadar estrogen pada wanita tertinggi berada pada hari Khamis, tepatnya pagi hari, iaitu 5 kali lebih tinggi. Selain itu, pada hari Khamis biasanya orang tidak suka berasa stress sehingga mendorong untuk melakukan hubungan s#ksual.
Oleh itu, s#ks yang dilakukan malam hari, mampu meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel tubuh. Fungsi organ tubuh yang menyebabkan metabolisme tubuh lancar. Aktiviti s#ks akan lebih bermakna.
Sedangkan hari terbaik untuk melakukan hubungan s#ksual ketika cubaan untuk hamil adalah hari dimana seorang wanita melihat adanya lendir atau cairan serviks yang paling subur. Lendir serviks yang subur adalah debit serviks yang menyerupai putih telur mentah dan biasanya muncul pada hari sebelum ovulasi.
Berdasarkan hasil penelitian lain menyatakan bahawa, hubungan s#ksual selama 6 hari sebelum ovulasi memang memiliki kemungkinan yang lebih tinggi untuk menyebabkan kehamilan.
Kualiti dan kuantiti sperma menurun setelah 10 hari tidak melakukan hubungan s#ksual. Kualiti dan kuantiti sperma terbaik adalah setelah 1 atau 2 hari tidak melakukan hubungan s#ksual. Justeru, malam Jumaat terbaik melakukan hubungan intim?
-Setelah kita mengetahui punca malam jumaat sering jadi pilihan suami isteri untuk melakukan hubungan atas katil,jangan pula kita sering menolak keinginan pasangan di hari yang lain semata-mata nak tunggu jumaat,bimbang nanti ada yang makan luar.