Mas Idayu memang terkenal dengan sikap yang agak agresif,kasar dan garang.Jadi tak hairan lah sekiranya berlaku insiden mencekik tempoh hari.Isu ini menjadi topik perbualan hangat selepas ia tersiar di slot 'bikin panas' di Melodi pada Ahad?
Kata Zuan, nasib baik perempuan... kalau Mas Idayu lelaki memang dia sudah lawan balik sebab dia diajar untuk hormat perempuan.
"Bukan setahun dua jadi artis, masih tidak tahu untuk bersikap pro#fessional," ujar Zuan dipetik sebagai berkata.
Bagaimanapun semalam, Mas Idayu menafikan ada berniat tidak baik tergadap Zuan. Dia sebaliknya mendakwa hanya sekadar bergurau sahaja.
"Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar.
"Kalau nak lihat, penampilan saya dalam ranc#ngan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar.
"Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun," dakwanya kepada Sinar Harian.
-Ok lah tu kena cekik,nak lagi best smack down ala The Rock pulak