YouTube Kini Lebih Pantas Tanpa Flash

Seringkali kita mengeluh dan pause video pada laman YouTube kerana loading..loading..dan loading.Masaalah ini melanda hampir semua pengguna yang menggunakan internet pakej murah dan berada diluar kawasan liputan.Namun kini seiring perkembangan kecanggihan teknologi internet.

Google telah mula menguji sokongan penstriman video menggunakan teknologi HTML5 sejak daripada tahun 2010 yang lepas, dan hari ini, mereka meng#ubah tetapan YouTube untuk strim semua video pada web menggunakan HTML5, berbanding penggunaan Flash sebelum ini.

Dengan perubahan ini, para pengguna tidak perlu risau sebarang perkara, memandangkan kesemua pelayar web moden termasuk Chrome, Firefox, Internet Explorer 11 dan juga Opera menyokongnya tanpa sebarang masalah. Penggunaan teknologi HTML5 turut membolehkan kandungan di YouTube dibawa ke pelbagai peranti lain, termasuk TV, peranti penstriman dan sebagainya. Pihak YouTube mengatakan transasi ini membolehkan pengguna menikm#ati kualiti video baik dengan lebih pantas berbanding sebelumnya, selain penggunaan VP9 yang mengurangkan penggunaan saiz data berbanding sebelumnya.

Dengan perubahan ini juga, pihak YouTube mengatakan pembangun atau penerbit kandungan boleh menggunakan kod iframe yang disediakan mereka yang me#mbolehkan pemain video yang bersesuaian ditunjukkan secara automatik pada pengunjung web, berbanding penggunaan kod object sebelum ini yang mana lebih kepada berasaskan Flash.-Amanz.my

0 comment... add one now