Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part8

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part8

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 4

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 5

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 6

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 7


Banjir d kampung dalam lanas,tumpat kelantan
Jam 1.57pm 27.12.14 Air sudah surut sekaki...syukur
Kiriiman Mohd Zailani Che Mat

surut sekaki pun paras dada tu.




TERKINI 10 pagi
** KELANTAN - naik kepada 93,407 mangsa, pagi ini, berbanding 81,923 mangsa semalam

Manek Urai selepas surut





KOTA BHARU: Sebuah jambatan sepanjang 1 kilometer di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan runtuh selepas dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri yang melepasi paras jambatan dalam kejadian banjir 23 Disember lalu.

Keadaan tersebut menyebabkan pengguna jalan Gua Musang ke Jeli terputus hubungan.

Ekoran kejadian, lebih 300 penduduk di Kampung Pulau Setelu dan Kampung Star bergadai nyawa apabila terpaksa berulang-alik menggunakan bot.

Menurut beberapa penduduk yang ditemui, mereka menyedari jambatan itu runtuh hanya dua hari kemudian setelah air banjir yang melimpahi jambatan tersebut surut sepenuhnya.

“Jambatan ini merupakan perhubungan utama anak-anak ke sekolah dan orang kampung. Jadi saya minta kepada pihak kerajaan agar mengambil tindakan secepat yang mungkin,” kata seorang penduduk, Muhamad Khalid Mat Zali.

“Inilah kejadian paling dahsyat pernah berlaku di kampung saya. Saya tengok dalam TV, tapi tak sedahsyat ni. Memang sekejap saja, tapi bila dah berlaku, cukup dahsyat sampai tak tahu nak buat apa,” kata Muhamad bin Mohd Zain, 38.

Dalam pada itu, beberapa jalan lain antaranya Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang-Lojing-Cameron Highlands dan Gua Musang-Kuala Lipis juga terputus akibat banjir.

Dalam perkembangan lain, penduduk di daerah Gua Musang juga berdepan saat genting apabila kekurangan bekalan makanan, ketiadaan kemudahan asas dan jalan perhubungan yang terputus akibat bencana banjir sejak seminggu lalu.

Walau bagaimanapun, bekalan elektrik dan air di daerah ini kembali pulih sejak dua hari lalu.



Terkini: Lebuhraya Pantai Timur (LPT) masih ditenggelami air di susur keluar Temerloh dan ditutup kepada semua kenderaan.


Ratusan kenderaan terkandas di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kerana jalan ditenggelami air di susur keluar Temerloh dan di tutup kepada semua kenderaan.



Banjir‬ di Kampung Paya Pulai menyebabkan jalan lama Kuala Lumpur ke Kuantan di tutup kepada semua kenderaan.


PM Najib Razak arrives at Kuala Lipis army base at 10.46am via RMAF helicopter, to visit flood relief centres in Pahang. Among the centres he would be visiting are the ones in Jerantut and Temerloh.







Alhamdulillah.. Sumbangan yang teman-teman hulurkan langsung disampaikan kepada mangsa banjir..
Ramai penduduk yang hilang aset 100%..
Teruskan menyumbang..
Kuala Krai & Manik Urai..








Update terkini misi kemanusiaan mangsa banjir!

KUALA KRAI









Kenyataan Rasmi LPT -Status terkini (setakat pukul 12tghari, 28 Disember) banjir di KM 126 LPT :-

1. Lokasi yg dinaiki air masih tidak menunjukkan sebarang penurunan. Jarak jg semakin bertmbh 0.5 inchi dlm masa sejam.. kedalaman juga bertambah lebih 5 kaki..
2. Laluan Karak ke Jabor. Rujuk @lpttrafik utk perkembangan terkini.
3. Pengguna2 disarankan menangguhkan perjalanan mereka. Sila rujuk dengan pihak JKR utk mendapatkan maklumat tentang laluan alternatif ..
4. Laluan dr Gombak ke Bentong boleh dilalui seperti biasa.










Keadaan di DABONG Semalam....
Moga Semuanya Selamat...



Salam. Hari ini baru dapat komunikasi. Sudah 6 hari kuala krai terputus talian komunikasi, digi dan maxis out terus.
Celcom sikit2 sahaja ada.

Letrik tiada, air tiada. Minum air hujan, mandi air lumpur. Kencing berak usah dicerita lagi sbb air tiada. Air minum tiada.

Anak anak tiada pampers, susu anak2 mangsa banjir tiada. Menangis bayi2 kelaparan. Kalau ada susu pun, tiada botol susu, semuanya hanyut dibawa arus. Allahurabbi.

Beras 10kilo dikongsi 400 orang. Gula sekilo dikongsi 400 orang. Lauk tiada. Minyak masak tiada. Garam tiada.

Tiada tilam, tiada toto, tiada tikar dan tak ada selimut. Tidur beralaskan simen dengan baju basah. Kami orang dewasa tidak mengapa, tapi anak2 yang disedihkan.

Ada yang 3 hari x makan, ada 4 hari x makan. Kalau ada nasi atau tepung jemput hanya diberi utk anak3 kecil sahaja. Makanan tiada.

Kami berpindah berkali2. Masuk pusat pemindahan petang selasa, malamnya air masuk ke dewan pemindahan, pindah ke tingkat 2 sekolah teknik krai, esoknya air masuk ke tingkat dua, pindah naik tingkat 3.

Air naik sangat pantas dengan arus yang sangat deras. Ramai yg tidak sempat menyelamatkan diri hanya berlari ke bukit2 tinggi berdekatan. Di Kg Bekok dan Tualang dua bukit tinggi menjadi tempat berlindung drp arus sungai lebir yg menggila, 4 hari di puncak bukit tanpa bantuan, tiada makanan dan minuman, mereka berdakap beramai2 dalam kesejukan hujan lebat tanpa ada apa apa bumbung selama tempoh itu. Anak anak kecil kesejukan menggigil. Allahurabbi. Tiada bot tiada helikopter.

Ramai yang demam, warga tua yg kesejukan dan demam, anak anak sakit perut menggelepar tiada ubat, ada yg disengat lipan tiada ubat. Tiada ubat.

Kami di kuala krai kebuluran, hingga terpaksa mengayuh sampan mencari ayam ayam dan itik yang tersekat dihujung2 pucuk pokok, dan diatas bumbung rumah, disembelih dan dibawa utk dimakan oleh mangsa pemindahan banjir.

Bot tentera, polis dan bomba banyak lalu lalang, tapi tiada satu pun yg berhenti memberi bantuan ataupun sekadar bertanya khabar dan keadaan walaupun dipanggil berkali2.

Rakyat di sini tiada duit ditangan. Kalau ada di bank pun, semua bank terselam dan tenggelam. Satu bank sahaja selamat di kuala krai iaitu bank rakyat, namun Letrik tiada, mesin offline.Kalau ada duit pun, tiada kedai yang ada barang, semuanya tenggelam dan habis. Tiada bekalan.

Episod kelaparan, kebuluran dan kesejukan dari hari isnin hingga ke hari ini sudah dilalui, namun yg lebih menakutkan adalah derita rakyat menjelang musim persekolahan nanti, apabila 90% drp rakyat kuala krai musnah semuanya harta benda.

Baju semuanya hanyut dan basah bersama lumpur, tiada baju kering. Tiada sampai lagi baju utk mangsa walaupun sekadar baju bundle. Tiada tuala wanita. Kasihan pd mereka yg datang bulan.

Kereta tenggelam,barangan rumah 5 hari tenggelam dan hancur lunyai, ratusan buah rumah hancur dan hanyut dlm arus banjir, rakyat seakan akan bakal memulakan kembali kehidupan mereka dengan jari sepuluh tanpa ada apa2 harta dan keperluan diri di tangan.

Ayuh, saya seru dan merayu dengan penuh kerendahan hati, semua sahabat sahabat di luar sana utk membantu kami di kuala krai.

Masa untuk pulihkan semula emosi dan perasaan, trauma dan kesedihan jiwa rakyat, pembangunan semula prasarana dan keperluan asas rakyat, kita perlu mulakan sekarang.

Terlalu banyak keperitan dan derita rakyat kuala krai yg saya tiada ruang utk catatkan di sini. Daerah ini 2.8kali lebih besar drp negeri perlis.

Bantulah kuala krai. Saya merayu.

Nazman Che Iberahim
Ketua Pemuda PAS Kuala Krai
Tel : 016-9255445

No Akaun Bank;
Kelab Cakna Kuala Krai: 03072010129674 Bank Islam

0 comment... add one now