Hubungan cinta mereka memang agak rumit kerana sekejap putus sekejap bersambung.Bagaimanapun putus kali ini ditambah pula dengan kenyataan Emma Maembong yang inginkan jodoh anaknya adalah milik tuhan,bukan milik orang ramai.Sejak itu tiada lagi kenyataan dari Emma Maembong mengenai hubungan cinta kembali semula seperti yang diwar-warkan Zizan di Instagram.
Berikut kenyataan Cik Pang Hmetro:
Patutlah selama ini apabila Cik Pang baca status dimuat naik Emma seakan-akan mahu memberitahu umum apa yang cuba dinyatakan Zizan tidak benar.
Kiranya Zizan sekarang dalam situasi bertepuk sebelah tangan atau mungkin juga Zizan cuba bersikap positif dan memenangi kembali hati bekas kekasihnya yang terluka kerana tindakannya sebelum ini.
Namun ada sumber memberitahu Cik Pang, dakwaan hati dan cinta Emma beralih arah kepada aktor Kamal Adli seperti dilaporkan teman Cik Pang dalam CAK adalah benar.
Buktinya, ramai orang keliling melihat mereka keluar berdua di tempat awam dalam keadaan mesra.
Namun, Cik Pang tak berani mengesahkan dakwaan mereka yang pernah nampak pasangan ini keluar bersama memandangkan Emma dan Kamal sebelum ini menegaskan mereka hanya rakan rapat.
Mungkin juga dalam keadaan sekarang berdepan kekecewaan, Emma benar-benar memerlukan rakan untuk memahami dirinya dan menenangkan keadaan. Perkara itu mungkin diperoleh dari Kamal.
Kalau benar mereka bercinta, apa salahnya. Bukankah Zizan dan Emma tiada apa-apa ikatan? Begitu juga Kamal dan Intan Ladyana. -hmetro