Trailer Dan Sinopsis Filem Cicakman 3

Filem Cicakman yang ke 3 kali ini diberi nafas baru dengan watak lakonan adiwira telah digantikan dengan Zizan.Dibawah ini adalah trailer dan sinopsis FilemCicakman 3.

Filem Cicakman 3 mengisahkan Man (Zizan) seorang suami kepada Linda (Lisa) dan juga bapa kepada Boboy (Rayqal). Dirinya yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai.

Masalah rumah tang#ganya ditambah pula dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolahnya yang cuba merampas Linda.

Kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersema#ngat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero.


Walau bagaimanapun, kehad#iran Man tidak lagi bermakna di Metrofulus kerana munculnya hero baru iaitu Super-Bro lakonan Yus Jambu.

Saksikan Cicakman 3 yang bakal menemui penonton di pawagam mulai 12 Mac 2015.

Filem Cicakman 3 arahan Yusry Abdul Halim bersama Ghaz Abu Bakar ini merupakan sebuah filem yang menjadikan Zizan sebagai peneraju utama menggantikan Saiful Apek.

0 comment... add one now