Album Baru Anuar Zain 2015

Sudah tiga tahun Anuar Zain  sepi tanpa mengeluarkan album baru.Walaupun sering muncul dalam majlis nyanyian di hotel,Anuar Zain bakal lenyap dari industri sekiranya tiada album baru sebagai kesinambungan.Untuk tahun 2015,berita baik bagi peminat kerana penyanyi yang masih bujang ini bakal menerbitkan album baru,

Pengumuman itu merupakan hadiah buat peminat pada tahun 2015 setelah kali terakhir merakamkan album studio berjudul ‘Anuar Zain’ pada tahun 2011.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain berkata setakat ini pihaknya telah mengumpulkan enam buah lagu baru dan masih menunggu du#a buah lagu lagi bagi melengkapkan album tersebut.

Tidak seperti dua album terdahulu, penyanyi yang berusia 44 tahun ini berkata album kali ini akan menggunakan khidmat komposer tempatan.

“Saya tidak memilih untuk hanya memilih komposer luar, mungkin hanya kebetulan ketika album yang lepas tidak ramai komposer tempatan yang menawarkan lagu kepada saya.

Untuk album kali ini, saya telah mengumpulkan enam buah lagu setakat ini dan kesemuanya dari komposer tempatan. Saya masih mencari dua buah lagu lagi untuk melengkapkan album tersebut” kata Anuar ketika ditemui di di sidang media majlis pelancaran C#D, VCD dan DVD serta pratonton Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari.

-Anuar Zain ni ramai peminat wanita,ramai juga yang pelik kenapa dia tak kahwin-kahwin lagi?Tak ada jodoh.. 

0 comment... add one now