Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part4

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part4

JAM 10:00 PG

PENEMPATAN SEMENTARA DI SMK SULTAN ISMAIL KOTA BHARU
 



Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3











jalan menuju ke PASIR MAS, DITUTUP

















السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .

Saya memohon berbanyak kemaafan kepada rakyat Dun Mengkebang yang kebanyakannya pertama kali teruk di landa banjir. Rumah saya sendiri petang semalam 25 Disember 2014 air sudah hampir paras bumbung sehingga menenggelamkan semua barangan termasuk dokumen-dokumen penting yang saya sudah letakkan di tempat tinggi dalam rumah seawal saya dan keluarga berpindah pada pagi Rabu 24 Disember 2014.

Pondok Sungai Durian keseluruhannya tenggelam termasuk Masjid Ar-Rahman yang menghampiri lantai tingkat satu dan juga perpustakaan yang mengumpulkan kitab-kitab turath dan nadir peninggalan datuk saya Sheikh Muhammad Daud Al Makki Al Kelantani yang dibawa pulang dari Makkah dan Ayahanda TG Haji Abdul Rahman (RahimahumalLah) juga kitab-kitab adik beradik termasuk Ustaz Dr Abdul Basit. Musibah banjir ini merupakan pertama kali dalam sejarah Sungai Durian ini sejak tahun 1967. Usah ditanya tentang pakaian dan lain-lain peralatan; saya dan keluarga hanya sehelai sepinggang.

Untuk makluman, pada hari Rabu 24 Disember 2014 usaha-usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa oleh pasukan sukarelawan juga tentera dan bomba ketempat lebih selamat dapat dilakukan dengan sempurna walaupun ada sebahagian warga pondok termasuk pelajar yang berteduh ditingkat 1 masjid hanya berjaya dipindahkan pada pagi khamis kerana faktor kehabisan bekalan petrol untuk kegunaan bot-bot penyelamat yang akhirnya terpaksa disedut daripada tangki kereta.

Pada hari Khamis 25 Disember 2014 pula usaha menghantar bekalan makanan ke pusat-pusat pemindahan yang boleh dilalui oleh bot-bot yang terlalu terhad kemampuanya seperti SK Sungai Embak, Kg Padang 2, KK Height, SMK Kuala Krai, Masjid Guchil, SK Batu Jong dan juga Taman Sungai Durian tempat yang saya sendiri terkepung disini.

Ada yang diuruskan oleh sahabat-sahabat dari luar termasuk team Peguam & Pas Pasir Puteh yang telah dihantar ke SK Bedal, SK Kuala Nal, Kedai En. Razak Bukit Sureh, SK Pasir Gajah & SMK Keroh.

Walaubagaimanapun ada beberapa kampung yang terputus terus hubungan seperti Pasir Kelang dan Taku yang berada diseberang Sungai Kelantan bahkan ada yang berpindah ke atas bukit tanpa bekalan makanan dan minuman di Kg Pasir Era yang semuanya belum lagi mampu dihantar sebarang bentuk bantuan.

Saya tidak begitu faham sejauhmanakah peranan Kerajaan Pusat dalam kes yang amat kritikal seperti ini kerana bukan sedikit rakyat yang terperangkap tanpa makanan dan minuman.. Sehingga bila lagi mereka sanggup tunggu dan lihat keseksaan rakyat seperti ini?

Ramai sahabat-sahabat yang bersimpati untuk membantu tetapi mereka hanya mampu sampai sehingga Keroh sahaja. Selepas itu laluan terputus bermula simpang tiga Pasir Gajah sehingga ke Masjid Lama, kepala jambatan Sungai Nal dan depan Caltex Batu Jong. Bermula kuaters Polis di Sungai Durian sehinggalah ke Pejabat Veterinar di Guchil air yang terlalu dalam.

Buat masa ini sebarang bentuk bantuan saya sudah melantik Sdra Baharudin Ismail Penghulu Mukim Telekong (013 300 5425) dan Puan Hazimah Khalipah Penghulu Wanita Parlimen Kuala Krai (013 928 4686) untuk menerima sumbangan barangan dari luar dan akan diusahakan supaya barangan tersebut dapat dihantar sesegera mungkin kepada yang memerlukan setakat yang termampu mengikut keadaan dan keizinan laluan semasa.

Semoga Allah mengampunkan semua bentuk ketaksiran dan ketidakmampuan saya dan semoga ujian besar ini diganti dengan yang lebih baik.

( ربنا ولا تحمّلنا ما لا طاقة لنا به ، واعف عنا واغفر لنا وارحمنا ).

Abdul Latiff Abdul Rahman
ADUN Mengkebang.
Jumaat, 10.52 pg



SABTU, 27 DISEMBER 2014 @ 12:18 PM

Tiada gelinciran di Jambatan Sultan Yahya Petra

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengesahkan tiada isu gelinciran pada Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Baharu, Kelantan seperti yang tersebar di media sosial.

Menurut kenyataan kementerian hari ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukan penyiasatan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang gelinciran jambatan itu daripada tiang asal seperti yang didakwa.

"Kumpulan pakar JKR Malaysia dan JKR Kelantan akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan jambatan itu berada dalam keadaan baik dan selamat," katanya.

Ia menjelaskan bahawa bahagian 'crosshead' tiang sambut yang dimaksudkan memang dibina lebih lebar daripada yang lain dan direka bentuk tanpa 'pile cap 'dengan cerucuk dipanjangkan hingga ke 'pier head'.



Ini bertujuan meminimumkan masalah hakisan di Sungai Kelantan.

"Reka bentuk ini menyebabkan berlaku pergerakan lebih besar antara lantai jambatan apabila terkena hentakan yang mana ia tidak membahayakan, malah lebih kukuh daripada biasa dengan penambahbaikan reka bentuk cerucuk jambatan," kata kenyataan itu.

Jambatan itu yang menghubungkan bandar Kota Baharu dengan Pasir Pekan, Tumpat masih ditutup kepada lalu lintas berikutan paras air di Sungai Kelantan meningkat melepasi struktur berkenaan. - BERNAMA







Berita Harian Online
SUASANA di pusat pemindahan mangsa banjir di pantai timur.










ATM TELAH MEMBUKA PUSAT PENERIMAAN SUMBANGAN BEKALAN MAKANAN MANGSA BANJIR DI PANGKALAN UDARA SUBANG. BEROPERASI 24 JAM.
SUMBANGAN OLEH MANA- MANA PIHAK BOLEH DIHANTAR KE PUSAT TERSEBUT PADA SEBILANG MASA. UNTUK URUSAN PENGHANTARAN SILA HUBUNGI PUSAT OPERASI PERTAHANAN DI TALIAN 03-26985414 DAN 03-26945434.
Lokasi TUDM Subang berhampiran Space U8.



Banjir: Kelantan umum esok cuti peristiwa

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa berikutan banjir besar yang melanda negeri itu.

Ahmad berkata, penghantaran bantuan logistik pada masa banjir akan dipertingkatkan dari masa ke semasa seperti yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.




PEMANDANGAN dari Udara mangsa banjir yang terperangkap di SMK Manek Urai. - Foto Fathil Asri


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mangsa lemas iaitu suami kepada wanita yang turut menjadi mangsa lemas ditemui tersangkut pada timbunan sampah kira kira 100 meter daripada Jambatan Geliga, Sungai Kemaman. - Foto Ghazali Kori




Lokasi : No.84,lot suku,kg temalir,18000 kuala krai kelantan
Ada mangsa banjir sudah lima hari tidak makan dan meminta agar bantuan makanan dihantar. Diharap pihak yg boleh membantu boleh menghantar makanan dengan kadar segera.
Bagi yang mahu memberi bantuan boleh hubungi no telefon salah seorang mangsa yang masih aktif : 014-538 4064







0 comment... add one now