Pesawat Garuda Indonesia Disambar Petir

Insiden dikatakan berpunca daripada panahan kilat yang terkena sayap pesawat berkenaan.

The Jakarta Post melaporkan Ketua Lapangan Terbang Sentani Herson berkata, “Terdapat dua penerbangan Garuda ke Kangar melalui Biak.


PESAWAT penerbangan Garuda Indonesia GA 698 yang berlepas dari Manokwari Papua barat dilaporkan terpaksa membuat pendaratan cemas di rantau Biak ekoran mengalami kerosakan pada sayap.

“Satu penerbangan selamat tiba di Lapangan Terbang Sentani, Jayapura manakala satu lagi masih menjalani pemeriksaan teknikal di Biak. Disyaki pesawat itu mungkin dipanah petir,” katanya.

Pesawat milik Garuda itu dikatakan terpaksa mendarat di Pulau Biak kerana masalah teknikal yang dihadapi selepas mendapati sayap kiri pesawat mengeluarkan asap hitam.

Cuaca buruk yang melanda kawasan Papua sejak pagi semalam bagaimanapun tidak menjejaskan penerbangan lain. -MYNEWSHUB.CC

1 comment... add one now