Pengasas Qu Puteh Mahu Bersemuka Dengan Chef Wan

Dato Vida yang merupakan pengasas produk Qu Puteh mengatakan Chef Wan tak patut bertindak seperti itu.Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu pr#oduk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada.

Mengenai kritikan Chef Wan terhadapnya pula Dr Vida berkata, chef selebriti tersebut seharusnya tidak berbuat demikian kerana beliau pernah berkunjung ke rumah Chef Wan semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu.

Katanya, Chef Wan pernah bekerjasama dengannya dalam memberi bantua#n untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti.

"Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia," katanya ya#ng berhasrat untuk bertemu dengan Chef Wan.

“Sebab itulah saya mahu produk saya dip#romosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk,” katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Rabu.


Chef Wan memuat naik gambarnya dengan bedak putih sambil mengkritik iklan Qu Puteh dalam Instagram miliknya. Bagimanapun status ini telah dipadamkan.


Beliau berkata demikian ketika diminta meng#ulas kritikan dan tohmahan orang ramai menerusi laman-laman sosial yang kurang senang dengan iklan produk Pamoga dan Qu Puteh kerana dianggap berlebih-lebihan.

Kritikan terhadapnya turut diluahkan oleh Datuk Chef Wan dalam Instagram apabila beliau menceritakan terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik sahaja iklan Qu Puteh disiarkan semasa menonton pertandingan itu.

Chef Wan turut memuat naik gambarnya memakai bedak putih sa#mbil menikmati mi segera dengan kapsyen mengkritik iklan berkenaan.

Selain siaran langsung AJL 29, Dr Vida turut menaja pertandingan Gegar Vaganza siaran Astro Ria pada 4 Januari lalu.

Kata Dr Vida, 44, banyak wang dikeluarkan untuk TV3 termasuklah membeli iklan menerusi rancangan Wanita Hari Ini (WHI).

Ujarnya, tidak semua usahawan kecil dan sederhana (SME) sepertinya yang berani mengeluarkan wang untuk mempromsosikan produk masing-masing apatah lagi jik#a melibatkan jutaan ringgit.

Oleh sebab itu ujarnya, selepas rancangan tersebut beliau harus melihat kesan terhadap promosi yang dijalankan sama ada ia berjaya atau tidak.

"Alhamdulillah, selepas AJL 29, penjualan produk-produk saya menunjukkan peningkatan dan saya perlu merancang perkara lain pula tahun ini. Perlu diingat, produk saya #untuk orang kampung dan cara promosinya haruslah sesuai untuk golongan itu," katanya.

Tambah Dr Vida, dengan pelaburan sebanyak RM3 juta itu, beliau berjay#a mendapat peluang mempromosikan produknya tanpa berkongsi dengan mana-mana produk lain dalam AJl 29 itu.


Ditanya apakah reaksinya selepas dicemuh masyarakat Dr Vida memberitahu terkejut dengan sindiran-sindiran yang dilemparkan namun beliau menerima dengan hati yang terbuka.

Bagaimanapun beliau enggan membaca komen-komen negatif itu kerana# tidak mahu tohmahan berkenaan mengganggu fikirannya.

0 comment... add one now