Filem Tombirou Berasal Dari Novel 2015

Kepada ulat buku pasti pernah membaca novel aksi seram bertajuk Tombirou.Novel Tombirou Penunggu Rimba laris dipasaran satu ketika dahulu.Menariknya novel ini akan difilemkan dan bakal ditayangkan pada pertengahan tahun 2015.Filem Tombirou ini merupakan kerjasama Karangkraf dan syarikat penerbitan Layar Sunan.




Peminat Tombiruo telah mula mencadangkan senarai pelakon-pelakon yang layak memegang watak Ejim dan Tombiruo. Antara nama-nama yang disebut ialah Zul Ariffin dan Bront Palarae. Malah nama Datuk M. Nasir turut sama disebut-sebut. Kesemuanya mantap-mantap belaka. Agak sukar untuk buat pilihan. Namun pastinya pengarah filem ini iaitu Nasir Jani lebih tahu pelakon mana yang layak memegang watak hebat itu.









Sinopsis Belakang Kulit Buku :

Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

0 comment... add one now