Saya tidak faham kerana saya seorang yang masih teruna dan berwajah menarik dan menyangka akan ada wanita yang membida lebih tinggi untuk saya.
ROMANIA – Tak laku. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila iklan yang dibuat dalam sebuah akhbar untuk melelong terunanya tidak mendapat sambutan kaum hawa.
Mengaku dirinya bukan sekacak Brat Pitt dan bukan juga seorang yang hodoh, Seb Ciercies, 29, nyata kecewa apabila harga yang ditetapkan untuk diriny#a iaitu RM3,850, tidak dibida mana-mana wanita.
“Saya sihat tetapi ia mengecewakan apabila ditolak oleh selur#uh dunia,’’ katanya yang berbuat demikian bagi menjelaskan hutangnya yang menimbun.
Selain membayar hutang, dia juga berbuat demikian kerana kehilangan pekerjaan dan dalam masa yang sama terpaksa menjaga adiknya yang menghidap kencing manis.
“Saya bekerja keras di ladang selama ini. Ia memerlukan ten#aga yang lebih tetapi sekali gus membuatkan badan saya menarik. Saya sangkakan orang mahu mencubanya,’’ katanya.