Artis banyak merahsiakan kehidupan peribadi mereka untuk elak dari jadi bahan pihak media.Hubungan istimewa seperti hubungan cinta,mereka akan simpan sebaik mungkin.Nur Fazura sebelum ini pernah dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Shaheizy Sam pertengahan 2014 yang lalu.Setelah ia heboh di media,mereka berdua menafikan dan mengatakan ia hanya gosip semata.
Di awal tahun 2015 ini,Nurfazura yang semakin kerap jadi perhatian sejak jadi juri program realiti tv akhirnya mendedahkan yang beliau pernah menjalin hubungan sulit dengan Shaheizy Sam.Hubungan sulit yang dimaksudkan ialah hubungan cinta.Hubungan cinta sulit mereka berjaya disembunyikan dari pengetahuan ramai.
Hubungan mereka dikatakan terputus tidak lama selepas itu dan tidak bertegur sapa lebih setahun sehinggalah bermulanya promosi filem lakonan mereka itu baru baru ini.
Namun itu semua cerita lama dan masing masing kini pun sudah punyai kehidupan sendiri, tetapi mesti ramai peminat yang tidak tahu akan perkara ini dan juga tertanya tanya apa sebenarnya punca mereka berpisah ‘kan? Nampak serasi. -rotikaya
Manalah tahu kalau-kalau jodoh mereka panjang dan mula bercinta kembali.