Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 22

banjir pantai timur,gambar banjir 2014,banjir kelantan



gambar banjir 2014,terkini banjir,koleksi gambar banjir,banjir kelantan

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 4

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 5

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 6

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 7

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 8

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 9

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 10

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 11

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 12

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 13

 Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 14

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 15

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 16

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 17

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 18

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 19

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 20












Ketika mereka di bedil bom Israel laknatullah, kita selalu mengingati mereka..Kini mereka pula mengingati kita..Terima kasih Gaza..Terima kasih atas doa kalian
Credit to : Aman Palestin









Salah sebuah rumah di Kg dusun langgar, wakaf bharu, tumpat kelantan.







Kami diminta untuk meuar-uarkan kepada penderma pakaian untuk ratusan ribu mangsa banjir di Pantai Timur agar dapat lipat dan serahkanlah sumbangan anda dengan penuh cermat. Janganlah campak bergumpal-gumpal dalam plastik kemudian serahkan kepada pihak agihan. Kerjasama amatlah dihargai.
























KUALA LUMPUR 30 Dis. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan melakukan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca fenomena banjir luar biasa yang melanda enam negeri baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, kajian merangkumi banyak faktor termasuk perubahan iklim, cuaca, penggondolan kawasan tanah tinggi dan pemuliharaan alam sekitar.

“Kita juga akan melihat faktor kekurangan infrastruktur untuk mengalirkan air ke laut,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengumpulan Bekalan Makanan Mangsa Banjir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mazlan Kasap.


Terdahulu, Muhyiddin menerima sumbangan bernilai RM1 juta yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Teh Kean Ming.

Sehingga kini, sebanyak 200 tan metrik bekalan makanan, minuman dan ubat-ubatan telah dihantar dari Pangkalan TUDM Subang dengan kerjasama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta orang ramai.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau meminta mangsa-mangsa banjir bertenang kerana proses penghantaran sumbangan ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir sedang dijalankan secara teratur.

“Operasi Murni yang dikendalikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghantar semua sumbangan berjalan lancar walaupun kita berdepan kekangan dari segi aset.

“Sehubungan itu, kita telah menggembleng semua pesawat TUDM dan juga pesawat yang dimiliki syarikat penerbangan swasta seperti AirAsia, MASkargo, Malindo Air serta Firefly,” jelasnya.

Muhyiddin turut memberi jaminan penghantaran sumbangan akan dilakukan setiap hari dan pada masa ini, tumpuan diberikan kepada bekalan makanan, minuman serta ubat-ubatan.

“Pakaian yang disumbangkan oleh para penderma akan dihantar selepas keadaan banjir bertambah baik,” ujarnya.

Setakat semalam, sebanyak 223,756 mangsa banjir ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sekitar Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan Selangor.





KOTA BHARU 30 Dis. – Sebanyak 11 keluarga di Kampung Pantai Mek Mas, Kuala Besar di sini kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka dihanyutkan air sungai ketika banjir melanda negeri ini pada 23 Disember lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati semua rumah tersebut lenyap dan kawasan seluas kira-kira 100 meter yang menjadi penempatan penduduk kampung tersebut telah menjadi sungai.

Penduduk mendakwa, kejadian itu berlaku di luar jangkaan apabila air laut mula pasang besar dan disusuli dengan arus sungai yang sangat deras menyebabkan hakisan tebing berlaku.

Sementara itu, seorang mangsa, Hamid Latif, 47, berkata, ketika kejadian, dia bersama lima lagi ahli keluarganya hanya sempat menyelamatkan diri serta beberapa barangan penting sebelum rumahnya dihanyutkan arus deras.

“Pada mulanya, air naik memasuki kawasan rumah saya dan beberapa jam kemudian, air mula surut dan menghakis kawasan tebing rumah saya sekaligus menghanyutkan keseluruhan rumah saya.

“Ketika itu, saya tidak mampu berbuat apa-apa dan sehingga kini, saya masih lagi terkejut kerana kejadian itu berlaku sekelip mata dan diluar jangkaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hamid berkata, dia sangat sedih apabila mengenangkan rumah yang menjadi satu-satunya tempat mereka sekeluarga berteduh sejak 10 tahun lalu hilang begitu sahaja.

“Kini saya sekeluarga terpaksa menumpang di rumah jiran dan kami berharap masih ada pihak yang sudi membantu kami sekeluarga memandangkan kehidupan kami hanya bergantung kepada pendapatan saya sebagai buruh,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Bedah Yaacob, 49, berkata, sehingga kini, dia masih lagi berasa takut apabila mengenangkan separuh rumahnya dihanyutkan air sungai.

“Air naik terlalu cepat dan memasuki ruang dapur sehingga paras paha. Ketika itu, saya serta tiga ahli keluarga yang lain mula keluar dari rumah dan kira-kira pukul 10 malam, air mula surut dan menghanyutkan ruang dapur rumah saya.

“Kini, kami tiada pilihan lain selain terpaksa tinggal di bahagian ruang tamu sahaja. Setiap malam saya tidak dapat tidur dengan lena kerana bimbang kejadian yang sama berulang,” katanya.

Bedah berkata, ini adalah kejadian yang pertama berlaku sejak hampir 40 tahun dia tinggal di kawasan berkenaan.







Pembersihan Masjid An-Naim Sri Cemerlang Kota Bharu

































Sekitar bandar Temerloh, Pahang













Misi Bantuan Kemanusiaan JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) diketuai oleh YBhg Dato Mustafa bin Ibrahim (Ketua Pengarah Imigresen). Bantuan Kemanusiaan digerakkan serentak kepada negeri yg terlibat dengan banjir seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang & Perak.
Foto & Maklumat oleh: Fadhli Yusof




0 comment... add one now