Ya memang sadis kejadian seorang ibu yang terpaksa menggugurkan kandungan kerana anak sulungnya tidak hingin seorang adik.Anak sulungnya beberapa kali ugut nak terjun bangunan dan telah mengelar tangan.Akibat sayang anak no 1,anak no 2 terpaksa dibunuh atau dengan kata lembut sikit digugurkan.
(gambar hiasan)
Menurut akhbar Wuhan Evening News, wanita itu, Xiao, dan suaminya, pemilik sebuah syarikat, mengambil keputusan untuk mendapatkan anak kedua selepas China melonggarkan dasar satu anak yang membolehkan pasangan untuk memiliki dua anak jika seorang daripada mereka anak tunggal.
“Selepas anak pertama kami Wen Wen mengetahui saya hamil, dia sering mengancam untuk terjun dari bangunan jika kami meneruskan rancangan untuk mempunyai anak kedua.
“Dia juga sering menghempaskan barang untuk melepaskan kemarahannya,” kata Xiao.
Wen Wen juga mengancam melarikan diri dari rumah, tidak menduduki peperiksaan kemasukan sekolah menengah dan cuba membunuh diri.
Selepas Xiao menyedari kesan torehan pada lengan anaknya itu, dia dan suaminya lebih berwaspada.
Kerana bimbang kehilangan anak pertama mereka, dia diiringi suaminya pergi ke hospital dan mengugurkan kandungannya yang sudah berusia 13 minggu. - Agensi