Video Bulatnya Fazura Di Majlis Pelancaran Produk FazFit

Tahniah kepada Nur Fazura,selain baru bergelar penyanyi dia juga telah merasmikan produk menguruskan badan keluaran dari jenamanya sendiri.Produk yang bernama FazFit itu sekarang boleh didapati di pasaran.Bulat dan comel je Fazura di majlis pelancaran produknya kan?lihat video dibawah




Mengenai kontroversi sebagai juri di Maharaja Lawak pula Fazura berkata :
“Saya tak tujukan kepada Zizan Razak sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu s#ewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen,” ujar Fazura kepada Mangga Online hari ini.

“Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukan mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang san#gat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri”

“Saya dan Zizan adalah kawan tapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kat#a saya barulah boleh mencelah atau buat lawak,” tambah bintang Facing Up to Fazura ini lagi.

0 comment... add one now