Gambar s#ksi Fathia ini bukanlah gambar peribadiatau koleksi Fathia, sebaliknya diambil ketika majlis kemuncak Anugerah Stail EH! 2012 yang berlangsung di sebuah hot#el di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Melihat gambar ini tak tahulah bagaimana SS nak kategorikan gaya Fathia# ini sama ada s#ksi atau ‘super s#ksi’!
Kata ramai rakan SS yang turut ke majlis itu, memang pada hari berkenaan, Fathia dengan yakin dan bangganya berjalan masuk ke dalam ballroom dengan fesyen yang cukup s#ksi itu terutama di bahagian dada.
Tambahan pula warna fabrik jarang yang dipilih Fathia itu adalah daripada jenis warna kulit, maka tambah s#ksi lagilah jadinya baju yang dipakainya itu. Kemudian apabila dia asyik tunjuk maka fah#am-fahamlah sendiri!
SS memang terkejut melihat gaya Fathia kerana dia masih bertapak dalam bidang lakonan dan seharusnya lebih peka dan bijak menjaga penampilan diri. Ini tentu sangat berbeza dengan penampilannya dalam drama Stanza Cinta di mana dia mengenakan tudung. Tentu jawapan ‘standard’ Fathia... ia semua hanya watak dan lakonan.
Hari ini bukan saja wartawan yang menjadi ‘paparazi’, sebaliknya peminat dunia hiburan juga sudah mampu mengambil gambar artis di merata majlis dan kemudian muat naik ke internet.
-Jawi dan JA JA lain xde respon apa-apa ke