Isteri Jimy Shanley Kena Penjara Kerana Anak

Ini lah akibat bercerai,masing-masing rindukan anak tapi terpaksa mengikut peraturan yang ditetapkan oleh mahkamah,kalau langgar peraturan berebut anak,maka penjara  la jawabnya.
Bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley, dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi kerana dengan sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak pasangan itu.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, bermula hari ini.

Jimmy dan Nursuhaila telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman, Sungai Buloh.

Mas kahwin dan hantaran adalah RM31,186.00 mengikut tarikh lahir isterinya Nursuhaila yang jatuh pada 1 Januari 1986.

Hasil pernikahan tersebut, Jimmy dan Norjahan telah dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley.

sumber-sinarharian

0 comment... add one now