Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part6

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part6

Cas handset beramai2 di petronas sri guchil, kuala krai

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 4

Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 5


Cas handset beramai2 di petronas sri guchil, kuala krai

kancil: assalamualaikum
tuan rumah: waalaikumussalam
kancil: ambe nak tumpang tido bole
tuan rumah: bole boleh
(dlm hati: lauk spesel loh ambo male nih)




Kg Nyior Paka 17:00pm





Ni rumah Tuan Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, Kelantan..harini.



Keadaan rumah penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang selepas air surut hari ini. 


 

** Mohamad Ayub Ahmad, 70 bawa kucing daripada terkena banjir di Kampong Selat Pulau, dekat Pasir Salak yang dinaiki air sejak tiga hari lalu.



** Budak lelaki yang tersandar di motosikal itu tengok ayahnya menjala patin di parit di Kampong Pulau Juar, Jalan Kampong Gajah-Bota Kanan. Pix Sharul Hafiz Zam




Rohaimah Rifin, 28, mengambil kesempatan cuaca panas, hari ini, untuk membasuh dan menjemur pakaian selepas hampir empat hari kediamannya di Kampung Chendering, Kuantan, dilanda banjir. Dia bersama ibunya, Rapiah Rani, 55, pulang dari pusat pemindahan banjir di SMK Pandan, pagi ini. Pix Zulkepli Osman

TERKINI

** PAHANG - menunjukkan penurunan kepada 33,973 mangsa drpad 8,647 keluarga, berbanding 35,561 orang drpd 9,077 keluarga, 8 pagi tadi. RAUB menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan 453 orang dari 135 keluarga di 10 pusat pemindahan.

** N SEMBILAN - Pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pilah ditutup sepenuhnya 2.30 petang ini

** JOHOR - mangsa menurun kepada 439 orang daripada 112 keluarga, pada 4 petang ini, berbanding 1,096 orang tengah hari tadi

Area kuala krai dekat Guchil









Persandingan dua beradik: Pasangan Suhairi Sudin (empat,kanan) dan isteri Wan Nur Liyana Wan Zain (tiga,kanan) dan Nor Mudrikah Sudin (empat,kiri) dan suaminya Mohd Arham Zaini Mohd Yunan (tiga,kiri) terpaksa melangsungkan perkahwinan dalam banjir setelah rumah mereka di naiki air di Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian hari ini. - Foto Sinar Harian oleh KHIRU SHALEH


Bantuan makanan telah sampai di Sekolah Kebangsaan Cucuh Puteri, Kuala Krai, Kelantan.





[27/12 15:18] ‪+60 13-291 0083‬: Catatan seorang Doktor yang berada di klinik kesihatan Badang Kelantan. Amat mengharapkan bantuan segera dari semua pihak. Doakan mereka dan seluruh wargaKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, yang bertugas di barisan hadapan agar tabah dalam situasi sebegini.
~~~
Saya tergamam dan tersentak mendengar.
Anak kecil di kem pemindahan dalam keadaan tenat. Mereka mahu berpindah dengan trak tentera ke hospital berdekatan.

Saya menghalang.
Tidak akan ada satu pun kenderaan yang dapat masuk ke Badang. Inikan pula untuk keluar. Sahabat saya yang membawa bantuan bersama trak tentera yang terkandas tadi memberitahu bahawa trak itu bukan berpatah balik tetapi tenggelam ke perut bumi akibat arus deras. Mereka berpatah balik dengan bot. Innalillah....

Badang adalah ground zero!
Saya tidak mahu memperjudikan trak tentera sedia ada. Kami sangat-sangat memerlukannya kerana paras air semakin menjalar ke atas kaki kami.

Anak kecil itu dibawa ke klinik saya. Rupa-rupanya anak kecil itu terkena sawan sebanyak 2x. Untuk bayi sekecil dan semuda 2 bulan ini hanya tepid sponging yang mampu kami offer. Baby ni kelihatan slightly dehydrated. Paru-parunya juga kedengaran crepitation. Dengan venous line sehalus rambut, saya gagal memberikan IV drips kepada anak tersebut selepas tiga cubaan.

Selang sejam anak itu kembali mendapat sawan. Selepas seminit saya bersedia untuk memberi PR diazepam. Kemudian sawannya kebah kembali.

Ya Allah....kasihanilah anak ini. Saya terpaksa menyampaikan berita buruk kepada pasangan muda. Saya mahu mereka bersedia jika Allah ingin mengambil anak kecil itu.
Sama juga seperti pesakit MVA saya, saya titipkan pesanan kepada mereka utk terus berdoa dan menghubungi ahli keluarga lain.
Pesakit MVA kami kini menunjukkan prognosis berbeza. Ada yang semakin sedar dan ada juga semakin tenat. Yang sedar saya khuatiri akan simptom lucid interval. Yang tenat, saya risau akan pergi dalam hembusan nafas tidur yang terakhir.

Saya keluar daripada hiruk pikuk di zon kecemasan klinik memerhatikan situasi kami. Seperti dijangka air pasang menyukarkan keadaan kami.

Jam 1130 malam, "Doktor, ada pesakit nak beranak!".
Allah, ujian lagi.

Bilik doktor saya ubahsuai menjadi labour room. Kami terputus bekalan air. Mujur kami mempunyai beberapa tong air mineral. Pesakit muda anak pertama. Selepas melakukan pemeriksaan, pesakit dalam keadaan early labour.

Kini, saya sedang menunggu ibu muda melahirkan anak sulungnya, seorang bayi yang tenat bersama dua pesakit yang disyaki ICB.

Saya perlu berehat kerana saya hanya tidur 3 jam sejak semalam. Badan sudah terasa sengal dan mata sudah layu tapi otak masih memutarkan pengalaman sedih tadi.

Semasa di tikar sejadah, saya merayu kepada tuhan agar diringankan ujian kami dan diberi kekuatan kepada semua mangsa banjir. Air mata jantan mengalir deras. Adakah kami akan turut tenggelam dan meninggalkan dunia yang fana? Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Oh ye, ada yang berkata dalam keadaan sibuk masih sempat berkongsi cerita. Saya terpaksa. Jika tidak anda di luar tidak akan tahu situasi kami kerana wartawan pun tidak mampu meredah banjir dan membahayakan nyawa hanya untuk secebis berita biasa.

Juga, jangan lupa untuk kongsikan kisah ini kepada pihak atasan agar keluhan dan rintihan kami mangsa banjir dapat terus didengari. Teruskan menderma.
Selamat Malam Dunia Bawah Air.

Ikhlas,
Dr Afiq Rahim- DAR
[27/12 15:51] ‪+60 13-291 0083‬: 'Tidurlah sayang'.

Mama tahu kamu sejuk dan penat,
Kerana itu mama peluk kamu erat.

Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan.

Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan.

Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian.
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang.

Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan.

Darurat barangkali terlalu 'keramat' untuk diwartakan,
Walau negeri sudah menjadi kubur tidak bernisan.

Sabarlah sayang,
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan.
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan, dan mengigil sejuknya di bawah rintik hujan.

'Tidurlah' sayang,
Dan selamat jalan.
Tunggu mama di syurga.

(Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya d Bukit Manjor, Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan)

0 comment... add one now