Berita daripada Bera... Air Sg Bera pagi tadi sudah melintasi jambatan
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 1
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 2
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 3
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 4
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 5
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 6
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 7
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 8
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 9
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 10
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 11
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 12
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 13
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 14
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 15
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 16
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 17
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 18
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 19
Gambar-Gambar Terkini Mangsa Banjir 2014 Part 20
TUDM sampai menghantar Sumbangan dan ia diagihkan di Kampung Tengering, Temerloh.
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Johor meningkat malam ini manakala di Kelantan, Terengganu dan Perak dilaporkan terus menurun.
Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 51,484 orang malam ini berbanding 51,434 orang di 264 pusat pemindahan dari lapan daerah yang terjejas petang tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh masih menempatkan jumlah pemindahan mangsa banjir paling banyak iaitu 21,284 orang yang ditempatkan di 65 pusat pemindahan.
Tujuh lagi daerah iaitu Pekan menempatkan 10,441 orang, Jerantut (5,674 orang), Maran (4,098 orang), Kuantan (3,852 orang), Lipis (3,090 orang), Bera (2,879 orang) dan Rompin (166 orang).
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 153 orang melibatkan 43 keluarga malam ini berbanding 148 orang daripada 41 keluarga, petang tadi.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir berkurangan sebanyak 15,546 orang kepada 142,930 malam ini berbanding 158,476 tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata di Kota Baharu terdapat 29,531 mangsa, Tumpat (24,919) Pasir Mas (23,568 orang), Kuala Krai (23,500 orang) Tanah Merah (19,440 orang), Gua Musang (13,327 orang) dan Pasir Putih (192 orang).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa turut mencatat penurunan daripada 24,962 orang petang tadi kepada 24,894 malam ini.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, daripada jumlah itu, Kemaman mencatat 15,827 mangsa, Dungun (8,815 orang), Kuala Terengganu (213) dan Hulu Terengganu (39).
Di PERAK, situasi banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perakm dan Kerian menurun dengan jumlah mangsa sebanyak 7,577 daripada 2,022 keluarga malam ini.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, sebanyak tiga pusat pemindahan banjir ditutup, menjadikan jumlah keseluruhan yang masih dibuka adalah 54.
Jumlah mangsa banjir di Perak Tengah sebanyak 4,717 orang, Kuala Kangsar (1,748 orang), Hulu Perak (794 orang) dan Kerian (318 orang). - Bernama
Sumbangan warga Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan untuk mangsa banjir pantai timur.
Kesan kuning pada treler yang tersadai di bahu jalan menunjukkan paras air ketika banjir di bandar Kuala Krai.
Keadaan banjir rumah kakak aku
Update keadaan rumah kakak aku sehingga petang tadi.
Ni antara sumbangan dari universiti malaysia terengganu(umt)
Kini sudah berada di kelantan.. Lengkap dgn kemudahan boat 4x4, bas serta team medic untuk mangsa banjir di kelantan dan terengganu
Kerjasama pegawai dan anggota Polis Marin Pengkalan Kubor dengan anggota Bomba mengurus pengantaran jenazah seorang penduduk Kok Pasir Tumpat yg meninggal dunia akibat sakit jantung.
Tumpat, Kelantan
Pulai chondong.
Picture of the day: tidur atas rail keretapi
yg pasti..ini bukan potosop...
Mencari apa2 yang bole digunakan lagi..
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejadian banjir kali ini luar biasa dan dahsyat berikutan kerosakan serius pada harta benda mangsa terlibat di beberapa negeri terutama Kelantan dan Terengganu.
Katanya, skala kerosakan dan kemusnahan harta benda termasuk kemudahan asas amat serius yang akan melibatkan kos baik pulih yang tinggi.
"Skala kerosakan dan kemusnahan kali ini adalah sangat dahsyat, sangat serius dan kesan dari segi kerugian pada peringkat individu adalah besar.
"Ini tidak termasuk perbelanjaan tanggungan kerajaan dari segi baik pulih kemudahan asas seperti sekolah, jalan raya, masjid dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas melancarkan Skuad Cuci Banjir Wanita Umno di Menara Datuk Onn di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan membantu kesemua mangsa banjir yang terlibat selepas keperluan bantuan bagi setiap individu dikenal pasti.
Perdana Menteri berkata, sebagai permulaan kerajaan akan membina rumah sementara (rumah panjang) sebagai tempat perlindungan sementara kepada mangsa banjir dan akan disusuli dengan pembinaan rumah-rumah baharu.
"Saya ingin tahu bilangan keluarga yang rumah mereka musnah sama sekali termasuk lokasi, namun dari segi peruntukan dan sebagainya, kita akan putuskan kemudian," katanya.
Terdahulu, Skuad Cuci Banjir yang dilancarkan Perdana Menteri akan berperanan membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah yang berlumpur selain membantu mereka mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan.
Katanya, sebanyak 100,000 anggota skuad akan digerakkan dan jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa sehingga banjir kembali pulih sepenuhnya.
Najib turut melancarkan Pusat Bantuan Banjir yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh Wanita Umno sepanjang bencana banjir ini dan akan beroperasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 12 tengah malam di Menara Datuk Onn.
"Semua bahagian Umno atau orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh menghubungi talian ibu pejabat Umno iaitu 03-4042 9511 atau 03-4048 2788 bagi tujuan tersebut," kata Najib yang juga Presiden Umno.
Najib berkata, pengagihan bantuan akan disalurkan terus kepada mangsa banjir melalui pentabdiran bahagian dan cawangan Umno bagi memastikan kesemua mangsa menerima bantuan yang dihulurkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghulurkan bantuan yang akan dibawa Skuad Sayang ke negeri-negeri terjejas akibat banjir.
Katanya, dalam usia enam tahun penubuhan skuad itu, pelbagai kerja kemasyarakatan dan kebajikan telah dilaksanakan dengan baik dan akan diteruskan tanpa mengira waktu serta jenis bencana. - Bernama
Berikut adalah gambar bantuan mangsa banjir di area kampung Banggol, Jalan PCB.
Landasan kereta api di Kemubu , Kelantan
ni baru offroad yg sebenar....thorbaik!!