Remaja C#bul Hingga Merah

Inilah terjadi apabila menghantar anak untuk dijaga oleh pengasuh dirumah.Pengasuh dirumah memang agak murah berbanding dengan perkhidmatan di taska.Namun banyak risiko.Dibawah inilah salah satunya...
Kajang: Usia baru mencecah 13 tahun, namun seorang remaja lelaki sudah berani cuba menc#bul seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dijaga ibunya.

Dalam kejadian Ahad lalu, suspek dipercayai memasukkan sesuatu ke dalam alat sulit mangsa ketika kanak-kanak perempuan itu berada di rumahnya di Taman Sri Manjung, Semenyih, di sini.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu dihantar ibunya ke rumah berkenaan ketika dia keluar bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, mangsa bagaimanapun mengadu tidak selesa dan sakit di bahagian alat sulit kepada ibunya.

“Ibu mangsa yang melakukan pemeriksaan mendapati terdapat kesan merah pada kem#luan anaknya itu.

“Selepas ditanya, kanak-kanak ini memberitahu salah seorang anak pengasuh ada memasukkan sesuatu ke dalam alat sulitnya. Susulan itu mangsa dibawa ke Hospital Kajang di sini, bagi melakukan pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata, doktor mengesahkan tiada koyakan cuma terdapat kesan merah pada bibir kem#luan mangsa.

“Pihak kami sudah menahan suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menc#bul,” katanya.

Sampai merah dicabulnya..nasib baik tak terjadi apa-apa yang lebih buruk.

0 comment... add one now