Biarpun mangsa berulang kali merayu supaya dikasihani,suspek tidak mengendahkannya dan terus melepaskan kemarahannya itu.“Mangsa kemudian berjaya bangun bergegas berlari ke dapur dan mengambil pisau sebelum menyerang suspek dengan senjata itu,” katanya....
KUALA LUMPUR: Tidak tahan ditendang dan dipijak lebih 20 minit, seorang wanita berusia awal 20-an hilang kawalan sebelum mengamuk dengan menyerang lelaki yang menc#bul dan memukulnya di sebuah rumah di sini, semalam.
Tersentak dengan perbuatan berani wanita itu, lelaki durjana berusia lewat 20-an terbabit kecut perut sebelum melarikan diri.
Semuanya bermula kira-kira jam 12 malam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, di sini, apabila mangsa yang menumpang di rumah rakannya mendakwa didatangi suspek.
Menurut sumber, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah kerana rakannya yang juga pemilik rumah pergi ke kedai serbaneka untuk membeli makanan.
“Suspek kemudian berbual dengan mangsa lebih 10 minit di ruang tamu sementara menanti rakannya pulang.
“Difahamkan, suspek terpaksa melayan kerenah lelaki itu kerana dia teman baik kepada rakannya,” katanya.
Katanya, lelaki itu kemudian mula menggoda mangsa dengan mengeluarkan kata-kata luc#h dan menunjukkan isyarat luc#h, namun tidak diendahkan.
“Selepas pelbagai kaedah itu tidak berkesan, dia memeluk mangsa sebelum meraba tubuhnya terutamanya di kawasan sulit,” katanya.
Khuatir berlaku sesuatu yang buruk, mangsa kemudian memarahi suspek sebelum berlaku pertengkaran antara mereka lebih 10 minit.
Sumber itu berkata, walaupun suspek menyedari mangsa tidak merelakan maruahnya dipermainkan tetapi dia masih mahu meneruskan niatnya.
Mangsa yang hilang pertimbangan menampar suspek menyebabkannya meradang.
Lelaki itu kemudian menolak mangsa sehingga terjatuh di lantai sebelum memijak perut dan menendangnya lebih 20 minit.
Menurut sumber, biarpun mangsa berulang kali merayu supaya dikasihani, suspek tidak mengendahkannya dan terus melepaskan kemarahannya itu.
“Mangsa kemudian berjaya bangun bergegas berlari ke dapur dan mengambil pisau sebelum menyerang suspek dengan senjata itu,” katanya.