Pengacara Selamat Pagi Malaysia Cerita Saat Dic#bul

Iesya Toh merupakan seorang pengacara program Selamat Pagi Malaysia yang boleh dikira sebagai orang lama.Pagi-pagi buka je TV1 mesti nampak muka dia.Dia memiliki bentuk tubuh yang menjadi idaman lelaki dan berwajah cantik.Entah macam mana satu hari Iesya yang kepenatan tertidur,pengurus yang selama ini dianggap rakan kerana dari awal kerjaya dulu menguruskan kerja bertukar jadi buaya dan menc#bul.Akhirnya pengurus itu di pecat.

"Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu," katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.

"Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi.

"Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi," katanya.

Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.






"Pada mulanya saya berasa goyah juga kerana ketika itu baru muncul dengan album kedua berjudul Kasih. Saya juga impi lagu Kasih yang dipopularkan penyanyi popular Hetty Koes Endang dan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto juga sebagai peluang keemasan untuk menembusi pasaran muzik Indonesia.
"Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di sana. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu," katanya.

Apapun, kata penyanyi berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini, sampai masanya dia belajar erti berdikari untuk menguruskan karier seni.

"Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang," katanya.




Apa yang menarik, Iesya juga membuat 'tribute' buat ibu saudaranya, Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini menerusi lagu seperti Hapuslah Airmata mu, Terbang Helang, Kenangan manis di bulan September dan Seiring dan Sejalan.
Selain itu, dia turut membuat 'tribute' untuk idolanya Whitney Houston dengan lagu seperti Saving My Love For You, I Have Nothing dan I will Always Love You.

-Nasib tak jadi apa-apa yang lebih buruk.Perempuan luar sana lepas ni kena hati-hati nak tidur.Pastikan tempat selamat dari mata lelaki keranjang untuk elak dic#bul

0 comment... add one now