Ramai daripada kita yang ingin sentiasa disayangi telah memilih jalan yang salah untuk mencapai tujuan itu .Ada yang jumpa bomoh hingga mengamalkan perbuatan syirik bertentangan dengan hukum-hakam agama.Sedangkan ubat mujarab itu telah tersedia dalam Al-Quran.Doa pengasih hendaklah diamal dengan cara yang betul untuk mendapatkan kesan yang baik.
~ Cinta anda hanya dipandang sebelah mata, sedangkan anda telah berkorban segalanya untuk memilikinya. Anda mahu memilikinya dengan MUDAH?
~ Anda memiliki memiliki rupa, pendidikan, kewangan & hampir segalanya. Namun kenapa masih menyendiri? Anda tidak jual mahal
~ Anda telah berusia lanjut & risau belum berumah tangga. Sering diejek dengan panggilan yang menyakitkan hati & menyebabkan anda rendah diri?
~ Adakah anda telah mempunyai kekasih namun tidak mahu dia berlaku curang? Ingin di setia bersama susah atau senang?
~ Anda telah beristeri dan mahu terus dia hanya menyayangi dan menyebut nyebut diri anda tanpa jemu?
~Anda telah bersuami dan mahu dia cinta hanya anda, serta tidak langsung ingin berpoligami disebabkan rasa cinta pada anda yang mendalam
~ Anda mahu anak anak yang anda cintai mendengar kata dan tidak lagi membuat sesuatu yang menyebabkan hati anda luluh
~Anda mahu bos memberi lebih perhatian pada anda dan tidak memandang anda hanya sebagai orang suruhan?
~Anda mempunyai ramai kawan namun kebanyakannya suka menikam dari belakang, selalu dengki dengan kejayaan anda? Kecewanya anda dengan keadaan begini
Jika jawapan anda adalah YA, maka anda telah sampai ke tempat yang betul. Izinkan saya untuk membantu anda menemui cinta sejati yang diredhai dengan cara ini...
Salam. Saya selalu bertelingkah dengan isteri saya. Asyik ada perkara yang menyebabkan kami bermasam muka. Boleh saya tahu apakah doa pengasih yang paling mujarab untuk diamalkan?
Jawapan
Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulen. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.
Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”. (Yusuf 12:3)
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya. (Yaa Siin 36:36)
Cara-caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.