Ramai artis yang dipertemukan cinta dan jodoh sesama artis kerana mempunyai banyak masa yang dihabiskan bersama.Namun begitu ramai lagi artis yang terputus hubungan daripada kekal lama.
Dan atas sebab berada di dalam industri yang sama jugalah Awi dan Hanez tidak dapat lari dari dikaitkan walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri.
Seperti yang umum sedia maklum, Hanez kini sedang bercinta dengan seorang jejaka bernama Romie dan khabarnya bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Selain sedang berusaha menyelesaikan masalah melibatkan kekasihnya yang masih bergelar suami orang, Hanez juga dilihat mencuba untuk meraih semula kepercayaan peminat sejak dirinya terpalit kontroversi hebat.
Berbeza dengan Awi pula, penyanyi kelahiran Singapura ini ternyata bahagia dengan kehidupan sekarang dan kelihatannya seperti sudah melupakan kisah lama dengan Hanez.
Biarpun sudah tidak berkomunikasi dengan bekas kekasihnya itu sejak mereka berpisah, namun Awi tetap mendoakan yang terbaik kepada Hanez dalam menempuh segala dugaan.
Dalam masa yang sama, Awi turut menjelaskan isu lagu Kalau Aku Kaya yang selama ini dikatakan sengaja dibuat kerana berkait rapat dengan kisahnya bersama Hanez sebelum ini.
Awi memang dah tak ada apa-apa dengan dia (Hanez). Awi tak nak komen pasal kisah terbaru dia sebab tak ada kena mengena dengan Awi. Tapi Awi doakan yang terbaik seperti biasa sebagai sesama Islam.
Benda tu memang sangat kelakar. Disebabkan Awi seorang penulis, jadi orang salah faham dan menganggap semua lagu yang Awi tulis adalah untuk orang tertentu. Pertama sekali, lagu tu bukan Awi tulis. Awi cuma menyanyi dan lagu tu pun keluar dah lama kan, jadi jawapan dia, No. Bukan untuk Hanez.-ohbulan