Kejam mengalahkan syaitan,gigi dicabut,makan taik,minum kencing,disula dan pelbagai lagi siksaan lain yang membuatkan seorang amah menjerit-jerit dan merayu dikasihani hingga didengari jiran selama sebulan barulah jiran nak bertindak itu pun selepas lihat nota minta tolong.Kalau lebih dari sebulan mesti amah ni akan cacat atau maut ditangan majikan kejam.
Ampang: Kejam dan tidak bertamadun apabila giginya dicabut, dipaksa minum air kencing dan air panas serta kemaluannya disula dengan objek keras dipercayai kayu.
Tidak cukup dengan itu, dia juga dirotan, direnjat elektrik, dipijak di kepala dan badan selain makan najis.
Begitulah nasib dilalui seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 32 tahun yang diseksa oleh majikan di Pandan Indah, di sini, sejak lapan bulan lalu.
Penderitaan mangsa itu bagaimanapun berakhir apabila diselamatkan jiran susulan penemuan nota yang ditulisnya berbunyi ‘tolong bos dera saya’ di bawah pintu rumah majikannya.
Pada jam 6.20 petang Sabtu lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa sebelum menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.
Jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu Harian Metro bahawa dia dan jiran lain sering terdengar mangsa menjerit dan merayu dikasihani.
“Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan.
“Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis apalagi selepas menemui nota ditinggalkan mangsa,”katanya.
Dia amat terkejut apabila mendapati mangsa dalam keadaan cedera teruk ketika diselamatkan polis.
Menurutnya, mereka menyamakan rumah didiami mangsa ibarat ‘pusat penyeksaan’ berikutan polis merampas sembilan jenis rotan.
Sementara itu, sumber polis berkata, mangsa mula bekerja di rumah majikannya yang juga seorang perunding sebuah kilang di Selangor sejak lapan bulan lalu.
“Mangsa mendakwa mula didera sejak bekerja di rumah itu. Mangsa mendedahkan dia ditumbuk dan ditendang di seluruh badan terutama kepala.
“Mangsa turut dipaksa minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. Dia turut dirotan dan kemaluannya disula dengan objek keras,” katanya yang mendedahkan mangsa turut direnjat dengan elektrik.