Update Banjir SMK Manek Urai Dan Gambar Banjir Kelantan

Walaupun dalam kawalan, pihak berkuasa mengakui beberapa lokasi di daerah ini, mangsa tidak dapat dipindahkan berikutan arus deras yang membahayakan anggota penyelamat.

Malah, beberapa helikopter bantuan makanan tidak dapat mendarat, ekoran cuaca yang tidak mengizinkan dan terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu.


KOTA BHARU - “Tolonglah kami, kami terperangkap dan air semakin tinggi dalam rumah, tiada bantuan dan kami menuju ke bukit berhampiran untuk menyelamatkan diri.”

Itu rayuan seorang mangsa banjir yang menghubungi wartawan Sinar Harian apabila rumah mereka di Manek Urai, Kuala Krai, dilimpahi arus deras banjir.

Wanita yang dikenali sebagai Wan Amina memohon bantuan Sinar Harian untuk melaporkan kepada pihak berkuasa kerana keadaan sekitar kampung mereka lumpuh sepenuhnya tanpa mendapat bantuan sebarang pihak.

“Kami sangat takut, anak kecil menangis, ada orang tua yang sakit, tolonglah kami supaya dapat keluar dari sini," katanya sambil menangis teresak-esak.

Keadaan genting itu adalah sebahagian daripada kisah banjir melanda hulu Kelantan, yang dianggap terburuk dalam sejarah negeri ini.

Hujan lebat tanpa henti di kawasan hulu membawa arus deras memasuki beberapa daerah utama di negeri ini, malah kenaikan paras air yang mendadak di beberapa kawasan di sekitar Kota Bharu bagaikan mengimbau kembali pengalaman bencana alam yang sama pernah berlaku pada 1962.

Bandar Kuala Krai juga hampir lumpuh sepenuhnya apabila banjir memenuhi bandar itu termasuk beberapa pejabat kerajaan.

Pintu masuk ke Kelantan juga turut terputus apabila Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, air melimpah di Sungai Durian, sementara Simpang Pulai-Cameron Hinglands ditutup kerana tanah runtuh. Selain itu pintu masuk dari arah utara juga lumpuh berikutan tanah runtuh banjaran
Titiwangsa di laluan lebuh raya Timur-Barat.

Sementara itu di Kota Bharu, setakat jam 7 petang, air dari hulu Kelantan mula melimpah, malah pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) telah memindahkan beberapa pesakit ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Berdasarkan laporan portal e.banjir kerajaan negeri, sehingga jam 6 petang semalam, sebanyak 126 pusat pemindahan banjir dibuka iaitu pertambahan 30 pusat pemindahan melibatkan 26,749 mangsa banjir daripada 8,101 keluarga yang dipindahkan berbanding kelmarin, hanya 21,600 mangsa.

Jajahan Pasir Mas masih lagi mencatatkan jumlah keluarga dipindah paling ramai iaitu 2,294 keluarga melibatkan 21 pusat pemindahan untuk menempatkan 6,641 mangsa .

Manakala jajahan Gua Musang pula sebanyak 18 pusat pemindahan masih dibuka bagi menempatkan 7,285 mangsa daripada 1,880 keluarga dan ditempatkan di tiga daerah utama iaitu Galas, Chiku serta Bertam.

Selain itu, beberapa jalan utama beberapa jajahan di sini turut terjejas kesan daripada limpahan air sungai yang mula memasuki bandar dan kawasan perumahan.

Jajahan Machang catatkan angka paling tinggi apabila tujuh jalan utama kini ditutup kepada semua kenderaan.
Kuala Krai: “Mula-mula keluarga kami berpindah ke rumah jiran terdekat kerana rumahnya lebih tinggi, tapi kira-kira empat jam kemudian kami terpaksa berpindah lagi ke kawasan lain sebab rumahnya juga dinaiki air,” kata mangsa banjir, Fairuzana Mohd Pilus, 41, dari Kampung Guchil di sini.

Menurutnya, seluruh ahli keluarganya seramai lima orang panik melihat air naik mendadak sejak petang kelmarin, malah keadaan menjadi semakin buruk menjelang tengah malam dan awal pagi semalam.

Kakitangan awam itu yang berkhidmat di Kuala Lumpur berkata, dia terpaksa menghubungi saudara terdekat untuk menyelamatkan mereka menaiki perahu selepas tiada pasukan keselamatan tampil.

“Situasi ini amat mencemaskan kami sekeluarga, apatah lagi saya pulang ke kampung sempena cuti sekolah dan ini pengalaman pertama saya terpaksa mengharungi banjir.

“Rumah ibu mentua yang berusia 70 tahun sememangnya dibina tinggi dan tidak pernah dinaiki air sebelum ini meskipun ketika banjir 2004, namun kejadian semalam (kelmarin) begitu mengejutkan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Lebih menyedihkan, ibu anak dua itu berkata, kira-kira 30 kucing parsi milik ibu mentuanya gagal diselamatkan dan dikhuatiri mati.

Menurutnya, tinjauan ke rumah itu pada 6.30 petang semalam mendapati hanya bumbung rumah yang kelihatan.

Sementara itu, di Kampung Aw Duri, di sini, kira-kira 40 penduduk dikhuatiri terperangkap di atas bukit di ladang kelapa sawit berdekatan selepas rumah mereka dinaiki air setinggi sembilan meter sejak jam 9 malam kelmarin.

Suhaina Azni, 34, berkata, dia terperangkap bersama keluarga termasuk kakaknya yang baru 18 hari pantang bersalin.

“Kami tak tahu ke mana lagi nak pergi selepas air naik. Rumah saya sudah lama tenggelam dan saya nampak jelas air semakin menghampiri tempat kami berkumpul.

“Sejak malam kelmarin, saya menghubungi pihak berkuasa meminta bantuan, tetapi tiada yang tampil. Tolonglah, kami tak tahu nak ke mana,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Suhaina berkata, sudah menyedari air naik pada jam 9 malam dan mula memasuki rumah sekitar satu meter menyebabkannya mula bersiap untuk berpindah.

Katanya, cuba menghubungi pasukan penyelamat untuk bantuan ketika itu tetapi bertindak berpindah dengan bantuan orang kampung selepas air naik mendadak beberapa minit selepas itu.

Menurutnya, mereka juga terpaksa mendayung perahu ke kawasan ladang sawit yang lebih tinggi, namun kini bimbang bekalan makanan dibawa tidak mencukupi.-hmetro

Banjir Bandar Kota Bharu
















Tesco Kota Bharu
sudah bersiap dengan benteng pasir




KOTA BHARU - Operasi memindahkan lebih 400 mangsa di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai yang turut dilanda banjir sedang diusahakan walaupun berdepan kesukaran berikutan paras air yang semakin meningkat dan arus deras.

 Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, pasukan penyelamat telah dihantar ke sekolah terbabit sejak semalam.

 "Operasi menyelamat diteruskan hari ini dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Pasukan Gerakan Am yang bergerak ke sana pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama. Ab Rahim berkata, daripada laporan yang diterima, kesemua mangsa telah berpindah ke tingkat tiga bangunan sekolah itu (bangunan setinggi tiga tingkat) kerana air banjir sudah memenuhi tingkat dua.

 Beliau berkata, operasi menyelamat mangsa juga diteruskan di Kampung Batu Jong , Kampung Bedal, Kampung Kuala Nal dan Kampung Laloh. - Bernama

0 comment... add one now