Berita baik bagi penerima BR1M 4.0 kerana duit bantuan rakyat 1 Malaysia akan diperolehi seawal 15 januari bulan depan.Tarikh terima duit BR1M 2014 ini diawalkan kerana bencana banjir yang menimpa Malaysia ketika ini.Sekurang-kurangnya duit itu sedikit-sebanyak dapat menampung penderitaan mangsa banjir.
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 15 Januari depan.
Sebelum ini, ia dijadualkan diagihkan pada akhir Januari tahun depan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bayaran akan dibuat secara berperingkat dan kerajaan akan memastikan penerima dari negeri yang dilanda banjir akan diberi keutamaan dalam proses penyaluran BR1M.
"Kerajaan juga bersetuju permohonan dan pengemaskinian BR1M dilanjutkan sehingga 31 Januari depan dan pengemaskinian boleh dibuat melalui portal rasmi BR1M di laman web https/:ebr1m.hasil.gov.my atau boleh mengunjungi mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
"Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau talian 03-8882 4565/ 4566 serta melalui email:br1m@treasury.gov.my," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.