Aceh dahulu berlaku bencana besar Tsunami dikaitkan dengan peperangan puak pemisah dan maksiat berleluasa.Di Pantai Timur ada yang mengaitkan banjir terbesar kali ini menimpa kerana kekerapan orang Pantai Timur yang melayari laman l#cah paling lama berbanding negeri lain.
Berikut petikan dari blog yang mengaitkan bencana banjir terburuk dalam sejarah ini dengan tabiat melayari laman p#rno :
Sana-sini orang kalut tentang banjir, amat parah juga dugaan Allah kali ini. Harap manusia itu segera kembali. Kembali mencari yang satu bukan hanya melihat cinta pada duniawi.
Tanpa kita sedari, ini semua salah sendiri. Pantai timur paling teruk dibanjiri akibat manusia itu sendiri. Allah mendatangkan dugaannya dalam bentuk senang dan susah. Waktu senang lupa diri, waktu susah sibuk menuding jari. Kata ulamak dimungkiri kerana percaya pada pak menteri.
Kasihan juga Unit amal lihat situasi banjir yang terkini, macam dah takda tempat nak selamatkan diri. Bala Allah tidak memilih siapa, apabila turn kemurkaan Allah maka seluruhnya akan terima akibatnya.
Ramai yang terlupa, baru-baru ini dikeluarkan satu laporan bahawa orang di pantai timur ni suka sangat melayari bahan luc#h di internet sekaligus mendorong perilaku amalan sumbang. Banjir kali ini mungkin juga amaran keras Allah swt agar kembali ke jalan yang benar. Biarlah arus deras banjir ini menyucikan pantai timur kali ini. Jangan pula selepas ini kita ulangi silap sendiri itu lagi. Jadikan bencana banjir ini sebagai kafarah Allah atas salah silap kita selama ini.
Rating yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan orang Pantai Timur sangat suka menonton atau mencari cerita luc#h di internet maka tepatlah Allah menurunkan azab dan balanya keatas penduduk Pantai Timur pada kali ini. Itu belum kira dosa lain seperti rasuah, zina dan mabuk pil kuda lagi, Allah bayar tunai pada kita agar kita sedar akan kesilapan kita. Terima lah musibah ini dengan penuh sabar kerana ini semua salah kita yang lupa padaNya.-sumber