Minyak naik dan turun memang akan mengundang banyak masaalah.Minyak bila nak turun memang lambat.Kalau nak naik.. sekejap je.. terus serta merta.Seorang menteri yang kebelakangan ini banyak bercakap,meminta peniaga agar tidak sabotaj ekonomi Malaysia.
“Dengan cadangan penurunan harga minyak di bawah RM2 pada 1 Januari depan, kos penggunaan bahan api yang sering dijadikan alasan kenaikan harga barang telah dapat dikurangkan.
“Jika kerajaan sedaya upaya menangani isu kenaikan harga minyak, tidak adil jika mereka tidak mahu menurunkan harga barangan dengan memberikan pelbagai alasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Gelanggang Futsal di Kampung Parit Basilam di sini hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, empat kumpulan ini perlu mempunyai rasa bertanggungjawab bagi memastikan pengguna tidak terus dibebani dengan harga yang tinggi.
Menurut Ahmad, penurunan harga barang perlu dilakukan segera sebagaimana golongan peniaga, pengilang, pemborong dan peruncit menaikkan harga selepas kerajaan menghentikan subsidi minyak sebelum ini.
Tambah beliau, keputusan menurunkan harga minyak adalah mengikut perkiraan harga minyak dunia pada ketika ini dan tiada kaitan dengan desakan pihak pembangkang.
Beliau turut mengingatkan empat kumpulan rantaian itu agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang dengan menggunakan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 April depan sebagai alasan.